Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 10-Nov-2007 17:06 Email | Share | Bookmark
Bonjour Paris

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Akhirnya hajat utk bercuti ke Paris tercapai juga...tak sia-sia menghint cik abang. Merci...merci...merci
4/11 Bertolak dr Bradford ke London menaiki train Bradford-Leeds-Doncaster-King's Cross London. Tidur semalaman di travelodge London King's Cross Royal Scott sebelum bertolak ke Paris.

Tunggu train kat Bradford Interchange


Sampai di King's Cross

5/11 Bertolak seawal 7.00 pagi dr King's Cross-Leicester Square-Waterloo-Marne-la-Valle-Chessy(Disneyland Resort Paris). Kami seterusnya menaiki shuttle bus menuju ke Hotel Explorers untuk menginap di sana. Berehat-rehat dahulu sebelum kami ke Disney Village melihat2 apa yg patut dan menyaksikan bonfire yg memang cantik dan mengagumkan.

Depan travelodge sebelum bertolak ke Paris


Selamat tiba di Marne-la-Valle-Chessy


Anis & Iqah lepak dlm bilik derang kat hotel


Dalam Disney Shop kat Disney Village


Pertunjukan bunga api - bonfire

6/11 Selepas breakfast di hotel, makan2 roti perancis...kami menuju ke kota romantik Paris (kalau berdua terasa kot romantiknya, ni anak dah berderet tak terasa sangat le ) menaiki RER line A (ambil tiket 1-day paris visite). Destinasi pertama: La Defense...tempat di mana Mr. Bean tersesat selepas silap menaiki teksi dalam filem Mr. Bean's Holiday.

Tangga-tangga di La Defense


Bangunan sekitaran La Defense


Muhammad & Ayah di sebalik cermin

Kemudiannya dgn menaiki Metro line 1 menuju ke Charles de Gaulle-Etoile station,berehat kat 'les Champs'(the field) sambil melihat dr jauh Arc de Triomphe.

Arc de Triomphe


Pemandangan Arc de Triomphe dari 'les Champs'


Sekitaran 'les Champs'

Seterusnya menaiki Metro line 6, turun di station Bir Hakim. Dari sini kami menuju ke Eiffel Tower yg berketinggian 317 meter.

Tingginya...




Kenangan sekeluarga di bawah Eiffle Tower...kat bawah je, tak naik atas pun.

Setelah puas bergambar dan berehat2 di Eiffel Tower, dgn menaiki Metro line 6 kami menuju pula ke Place de Italie station untuk menaiki Metro line 7 ke Grande Mosquee de Paris untuk solat jamak Zohor dan Asar. Masjid ni glamer kat Paris, ramai gak pelancong yg bukan islam masuk ke masjid ini.

Perkarangan dalam Grande Mosquee de Paris





Dengan menaiki bas no. 67 kami menuju pula ke Le Louvre di mana terdapat bangunan istana lama dan muzium. Yang uniknya pintu masuk utama ke muzium di situ diperbuat daripada kaca yg berbentuk piramid. Kami sampai dah nak senja so kaca piramid tu tak nampak sangat warna kebiruannya.
Di sini anak2 dah kepenatan dan mungkin bosan...ye lah hanya melihat2 pemandangan dan bangunan2...bagi kita yg dewasa ok lah, tapi bebudak ni tentu suka tempat yg boleh mereka bermain-main atau berseronok-seronok. Sambil menuju ke stesen Metro utk balik semula ke La Defense, sempat lagi melihat pemandangan di sepanjang Sungai Seine. Sampai semula ke La Defense, mkn2 burger dan gorengan perancis (french fries la tu..), barulah menaiki train pulang semula ke hotel.

Le Louvre



Sg. Seine

7/11 Hari ini kami ke Disneyland Park dan Walt Disney Studios..di sinilah baru menyeronokkan anak2 termasuk le mak ayah anak Tak semua point di tuju, mana yg sempat je (masuk kul 10 am keluar 7 pm).
Di Fantasyland sempat masuk Sleeping Beauty Castle, Blanche-Neige et les Sept Nains, Les Voyages de Pinocchio, Le Carrousel de Lancelot, Peter Pan's Flight, Disneyland Railroad-Fantasyland Station, Dumbo the Flying Elephant, Alice's Curious Labyrinth, Mad Hatter's Tea Cups dan "it's a small world".
Di Discoveryland hanya sempat masuk Buzz Lightyear Laser Blast.
Di Adventureland juga hanya sempat masuk Pirates of the Caribbean.
Semasa kat Main Street, U.S.A sempat melihat Disney's Once Upon a Dream Parade (perarakan watak2 Disney).
Di Walt Disney Studio pula hanya sempat masuk ke Cinemagic dan Cars Race Rally. Anis dan Afiqah sempat bergambar dgn Goofy, Pluto dan Minnie Mouse di Disney Characters Meet 'n' Greets.

















8/11Check out dr hotel pukul 10 pagi. Sebelum berangkat pulang, sempat masuk ke Disney Village sekali lagi untuk membeli souvenier sbg kenangan. Dari Marne-la-Valle ke Lille menaiki TGV bullet train. Dari Lille menaiki Eurostar ke Waterloo...lepak2 kat Waterloo jap, naik bas 211 ke Victoria Coach Station dan menaiki National Express 561 pukul 7.00 malam utk balik ke istana hinggap di Bradford.

Sarapan dulu sebelum check out



Posing jgn tak posing


Berangkat pulang







Segala kenangan manis, kelat, letih dan penat sepanjang percutian ini akan terpahat dlm ingatan.
Au revoir.


***KitaSembangPulak***
Family MUADZ:
alhamdulillah...destinasi dah dekat ngan UK, pegi jgn tak pegi
Irfan n dina: mesti pi bila baby dah besar sikit...kalau tak pi irfan n dina paksa gak mama n abah tu
Ida isk: terlupa lak nak ambik gambor roti perancis tu...main ngap teruss
Jie jie: bonjour akak...lenkali ada rezeki lebih kita gi sama2, k
Mamasya: bukan anak2 je seronok...mak depa pun seronok
Kamalina: ok gak gi Disneyland Hong Kong...bila2 nanti insyaAllah dapat le gi ke Paris dan gunakan bhs french yg kamalina tahu tu
FarEast: gambar2 kat FP FarEast sgt menarik, kalau snap pic2 kat Paris tentu best tengok
Daalia: wow seronoknya ada biz trip ke USA nanti...insyaAllah balik msia hint cik abg ke redang lak
Zakiahz: kalau anak sorang rasanya sehari leh cover (if bukan hari minggu / cuti sekolah)...tapi nak puas hati dan tak penat sangat 2 hari ok dah tu
Ana: sampai dlm mimpi pun kira orait tu
Masriyah: Tahun depan boleh pergi sebelum balik msia,..naik flight tak le penat sgt
Zatidhati: nanti kulemparkan senyuman manisku buat tatapan dirimu sorang...cewahh
MamaFami: senang cite, mama book tiket siap2 then ajak terus cik abang pegi
Zaliana: boleh sampai nanti, insyaAllah
Lee Lin: itu hasil kreativiti ayahnya...siap baring2 lagi nak ambik gambar tu
Kak Leen: w'salam...kat UK ni hajar duk di Bradford, kalau kat msia duk kat Changlun
Mummy3hz: mudah2an sampai gak nanti ke Paris. T/kasih ucapan tahniah itu, insyaAllah Muhammad junior
Fazizaid: betul tu akak, anak2 dah besar, tinggal je...gi beromantik 2 orang je mesti best
Auntie fliffy: keinginan nak gi jenjalan sentiasa ada...tapi kena tengok budget pulak
MaDiHa: alaa...jgn camtu...mana tau cik abg buat surprise bawa jenjalan ke paris
Sal: awak tu masih berdua...baik gi bercuti ke paris, baru romantik percutian tu
Mat Gebu: Anis memang pandai posing depan kamera...dlm masjid pun leh nak posing lebih2 (peminat rancangan Britain Next Top Model ni)
dOd: k.ja pun selalu gi parit, perak...kali ni gi paris le pulak
Gee: kena bawak anis gi paris gak...baru adil sebab mama & papa dia dah sampai
Nur: mana tahu tak tercapai, nanti2 tengok nur sekeluarga bercuti ke paris....kita dulu pun tak pernah terbayang akan menjejakkan kaki ke paris ni

Cek de sam: insyaAllah akan sampai ke London tu...Helsinki ke London bukannya jauh sangat kan
Kak Shikin: w'salam...Disney World, Florida rasanya lagi besar, boleh tu bawa Umar dan Imran ke Disneyland, Paris lak...pekena teh tarik best gak sejuk2 ni, ada sekali makaroni bakar lagi mengancam

Mummy3hz: bawa satu baju utk satu hari kecuali muhammad & aisyah bawa lebih sikit...semua baju2 tu digulung2kan, muat satu beg tu tapi berat le, sesuai utk beg yg beroda..senang nak heret Beg nappy, tisu basah dan botol air dlm beg sandang anis, dan dlm beg sandang ayah..ada digicam, charger dan pakaian solat
Rfah: sampai nanti tu...kita tunggu entrynya dlm fp Rfah

Farah: salam...
Srsfeqah: syukur dapat pergi...sekali seumur hidup je jenjalan ke paris ni

Mama najlah: wow bestnya najlah punya hadiah besday...tiap2 thn gi sana sambut besday pun boleh kan, papa najlah mesti bawak punya
Eena: yeh oghang peghak rupernye juger...nak rujuk jln kat london, alamat same2 sesat kite wehh


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net