Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 22-Nov-2007 16:05 Email | Share | Bookmark
Kek Gula Hangus

 
Semangat baking membaking masih berkobar2...lepas makan bubur chacha rasa nak makan kek pulak. Ini juga dikira aktiviti memanaskan badan time sejuk2 iaitu memasak dan makan banyak
Lama dah tak makan kek gula hangus, so kita cuba resepi kek gula hangus Pn Halimah yg fofular tu...siap dpt 5 bintang dr Koleksi Resepi Diana Kek yg kita buat ni, bhgn atasnya tak jadi bersarang sangat, ini mungkin disebabkan kita ingkar arahan membakar 11 minit yg terakhir tu kerana oven kita takde bhgn api yg atas tu (utk menggrill ada le) ..ataupun memang 'tak pandai menari, lantai dikatakan tinggi rendah'
Apa-apa pun t/kasih kpd empunya resepi, memang best dan sesiapa yg nak tengok kek yg menjadi cantiknya leh tengok kat Koleksi Resepi Diana, siap ada step by step membuatnya



Kek Gula Hangus Puan Halimah

Bahan untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

* Gula dipanas dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair, tutup api dan masukkan air panas cepat2. Lepas tu masukkan mentega, kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

Bahan untuk kek
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

1. Pukul telur sampai betul2 kembang.
2.Masukkan susu pekat - pukul sebati.
3. Masukkan tepung & soda bikarbonat yg telah diayak dahulu.
4. Masukkan esen vanilla.
5. Last sekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 1 jam suhu 160 C api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak menggunakan api atas dan bawah.

***KitaSembangPulak***
Ida isk:
kena peram berapa lama pulak akak...3/4 jam tak cukup lagi ke
Jiran: saiz mengembang takpe...ada alasan lain nak diberikan
Zatidhati: bertahun tak buat tu mesti busy dgn kek lain...senyuman tu nanti2lah akak, sabar ye
Mamasya: kita dah tiup semangat membaking tu ke brunei..ada terasa-rasa tak
Masriyah: apa ada pada rupa, asalkan ada rasa...cewahh
Zakiahz: memang time sejuk perut minta diisi je, padahal baru lepas membedal makanan
Boxhousestudio: fil suka...kak tun suka tak
Iskandar: salam, baguslah skill tak berkarat kalau tak sayang je ilmu yg ada hilang begitu saje
MamaFami: mak buatkan lagi best dan yg pasti tentu sedap kan
Cek de sam: aikk, sejuk2 takde selera nak makan...terbalik lak ngan kita yg nak makan je sejuk2 ni
Lee Lin: malas mencuba...alah, tak percaya lah
Rfah: tak sempat masuk dapur...huhuhu, takpe, byk restoran kat luar tu...layan je
Nur: betul tu...kdg2 tak sedar masa membakar dah habis duk terleka dgn kerja lain
Ibu Chempaka: ye ke...ala kalau beli lebih cantik, sedap dan mudah...beli je
Nabialishad: tak cantik sgt le tekstur kek kita ni, tak sekata sarangnya, semut pun gelak tengok
DaddyMariah: layan jgn tak layan
Mama@nis: alamak..ada geng rupanya, takpe gagal sekali, apa salahnya gagal lagi sebelum menjadi
Kamalina: betul tu...cuma bezanya membakar dan mengukus
Maklang: anak kita si Anis je suka, yg lain buat dekk je
Kak Ummi: salam...rajin ada hari je ni
Rinnchan: keluarga tak risau pun kalau kita mogok memasak, order pizza lagi depa suka
Kak Ummi:
MaDiHa: sesetengah resepi memang takyah peram pun...sarang dia menjadi jugak kan
Srsfeqah: kita pun baru tahu pasal 11 minit terakhir tu bila ikut resepi ni


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net