Want your
own Fotopage?
























 
Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Dec-2007 10:51 Email | Share | Bookmark
Menu

 
 
 
 
Selain mee (spaghetti) goreng, ini je yg sempat kita buat utk besday Muhammad sekadar meraikan besdaynya...sambut anak beranak je


Coffee Cheesecake Stick
Sumber: Yani Myresipi

* 210g cream cheese
* 45g butter
* 60g gula halus
* 3 biji kuning telur
* 6 sudu besar fresh cream/whipping cream
* 6 sudu kecil corn starch/ tepung jagung
* 2 sudu kecil instant coffee (tekstur kasar) -kita guna 1 sudu kecil je
* *75g butter-dicairkan
* *3 sudu besar coconut flake-kita tak letakpun
* *150g biskut-kita guna rich tea biskut + digestive biskut

1. Kisar biskut. Kemudian campurkan dengan butter cair dan coconut flake. Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biar padat. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga hendak digunakan.
2. Biarkan cream cheese, butter dan telur dalam suhu bilik.
3. Pukul cream cheese dan butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan pula kuning telur -> fresh cream-> corn starch. Masukkan bahan2 ikut turutan sambil dikacau.
5. Akhir sekali masukkanlah instant coffee. Kacau lagi.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada biskut tadi. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit.
7. Bila dah siap, sejukkan lebih kurang 1-2 jam. Kemudian potonglah dengan lebar 1.5cm
***tengok yani punya siap dibungkus cam candy kek ni...kita potong n ngap je***

Kebetulan lebihan telur putih ada, kita cuba buat Almond Crisps Rangup dan sedap, siap Muhammad nangis nak lagi bila habis . Untuk lebih detail cara2 buat crisps ni boleh rujuk sini.


Almond Crisps
Sumber: hipfood blog

3 biji putih telur
1/4 cawan tepung serba guna (tepung gandum pun boleh)
1/3 cawan gula halus
2 tbsp minyak zaitun (guna minyak biasapun takpe)
1 1/2 cawan thin sliced roasted almonds

1. Panaskan oven 175 C / 350 F
2. Lapis dulang pembakar dgn silpat, jika takde silpat lapiskan dulang dgn foil dan dilenserkan dgn butter
3. Ratakan semua adunan bhn atas foil...pastikan betul2 nipis jika tidak hasilan tidak rangup dan lebih kpd rasa cookie.
4. Bakar selama 16 minit / nampak bhgn tepi berwarna perang.
5. Tutup oven, biarkan dahulu di dlm oven sehingga nampak keseluruhan crisp berwarna perang
6. Jika crisp tidak boleh dipatahkan, biarkan lagi di dlm oven yg masih ada baki kepanasan.
***Crisp ni hanya dipatah2kan sebelum dihidangkan...boleh juga nak dipotong sama besar semasa crisp ni masih suam, kalau dah sejuk sukar utk dipotong lak ***

Akhir sekali kita buat Ice Cream Cone Cupcakes-these cupcakes look like ice cream but they won't melt!


Ice Cream Cone Cupcakes
Sumber: 500 cupcakes & muffins

Bahan cupcakes
225 g unsalted butter - biarkan pd suhu bilik
225 g gula caster
225 g tepung naik sendiri
4 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla
Kon-kon aiskrim flat-bottomed

Icing
175 g gula icing - diayak (kita guna 120 g je)
115 g unsalted butter - biarkan pd suhu bilik
secubit garam
115 ml whipping cream-kita guna double cream
1 tsp esen vanilla
2 tbsp manik2 gula berwarna

1. Panaskan oven 175 C ( kita guna 170 C) dan alaskan tin muffin dgn kertas acuan muffin.
2. Masukkan semua bhn2 cupcake dlm mangkuk adunan, pukul guna mixer sehingga kembang dan berwarna krim selama 2 - 3 minit.
3. Masukkan adunan dlm acuan muffin
4. Bakar selama 20 minit ( kita bakar selama 25 minit).
5. Untuk icing: Pukul gula, butter dan secubit garam.
6. Kemudian masukkan cream dan vanilla, pukul sehingga nampak kental dan berkrim...jgn terlebih pukul ye, nanti krim akan mencair lak
7. Buka acuan kertas pd cupcakes, masukkan cupcakes ke dlm kon aiskrim (hanya nampak permukaan cupcake je)
6. Picitkan icing dlm bentuk lingkaran atas cupcakes dan akhir sekali taburkan manik2 gula berwarna
***seeloknya cupcake tu masuk ke dlm kon aiskrim sepenuhnya dan hiasan icing atas cupcake je yg nampak...barulah cam real aiskrim...yg kita buat ni tak nampak real, kemungkinan kon yg digunakan kecik ataupun cupcakes kita terlalu debab

Ini gambar hasilan asal yg cantik drpd buku resepi tersebut

***KitaSembangPulak***
Masriyah: special tahap2 Muhammad je
MamaFami: fuhhfuhhfuhh...cepat le sembuh sakit mama, amin
Ana: tak rajin mana, just utk meraikan besday boy...depa berebut nak letak krim byk2 atas cc
Kamalina: tak sama lah...cuba tengok betul2
Ct-nik: tirulah...takde akta copyright fp kita ni
Fliffy: tak sama le cc akak ngan dlm buku tu gambar muhammad tu adik yg buat master kat sini edit...kita pun tak tau tiba2 je diorang email kat kita
dOd: takde samenyer...cuba mike tengok betoi2, jauh bradford dr bangi (ganti jauh panggang dr api)
Srsfeqah: t/kasih atas ucapan mu itu
Ibu Chempaka: best jugak lah utk kami anak beranak menikmatinya
Irfan n dina: tq atas ucapan yg diberikan...cuba le buat nanti, mudah dan rasa pun ok
Lee Lin: buat jgn tak buat taww...t/kasih doa mu buat besday boy
Mamasya: betul sekali tekaan mamasya...hadiahnya sepotong coffee cheesecake stick bila mamasya datang ke bradford nanti
Gie: hehehe..hadiah takde ke makcik
Zaliana: cubalah...amat dialu-alukan
Mama@nis:
Eryne Jasmine: t/kasih pujianmu itu
Zatidhati: almond crisps tu memang rangup, pastikan rataan adunan betul2 nipis sebelum dibakar orang pakar memang tahu kita guna noozle star yg kecik...itu je yg kita ada, t/kasih berkongsi ilmu...muahhh

Chendana: t/kasih...kalau anak2 minta buatkan tentu le boleh sesangat ayu buatkan, betul tak

Most recent comments... (In posting order)
Woww!!!..ini menu speacial nih...Ice Cream Cone Cupcakes memang menggoda sekali... Sat 1-Dec-2007 12:41
Posted by:masriyah  - [Link]
Rajinlah masak macam-macam. That almond crisp tu...macam boleh cuba je...sebab putih telur ada lagi. Harap-harap mama lekas sembuh...sembuh dari sakit M.A.L.A.S! Sat 1-Dec-2007 14:26
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
a...ah rajin la Hajar masak berbagai-bagai ni.semua nampak yummy la... ice cream cupcakes tu sure berebut punya kan kalau dapat....cam real ice cream la pulak Sat 1-Dec-2007 17:44
Posted by:Ana  - [Link]
a...ah rajin la Hajar masak berbagai-bagai ni.semua nampak yummy la... ice cream cupcakes tu sure berebut punya kan kalau dapat....cam real ice cream la pulak Sat 1-Dec-2007 17:44
Posted by:Ana  - [Link]
wah semua pun best!! ice-cream yg hajar buat tu nampak lebih kurang aje dgn gambar yg dari buku resepi tu... kalau saya buat, mau lain jadinya.. hehehe... Sat 1-Dec-2007 17:50
Posted by:kamalina  - [Link]
buleh tiru ni.. yummy tul..beshnya kalau dpt mkn.. Sat 1-Dec-2007 22:47
Posted by:ct-nik  - [Link]
wow...sis hajar...sejibik lah akaknye cuppy dgn dlm buku tuh
mmg pro...skrg mmg musim buat cupcakes kan..kalau dlm emel
y dpt org attach gambo semua cantik2..design dia...
pss..gambo muhammad kat bwh tuh dah jadi mcm scrap dah tuh
good start !! mmg ade nilai2 kretip tuh...bakat terpendam kot kak...
hehehehe...semoga panjang umur murah rezeki utk muhammad...
Sun 2-Dec-2007 03:31
Posted by:auntie fliffy  - [Link]
wow kak jar.......sejibik sama ngan dalam buku tu kak
sukanya......kak jar memang talented
keepirup kak!!!!!!!!
Sun 2-Dec-2007 04:02
Posted by:dOd  - [Link]
happy 3rd birthday to Muhammad
cc kon aiskrim k.hajar lg meriah da..
yummy..yummy..
Sun 2-Dec-2007 09:57
Posted by:srsfeqah  - [Link]
aiskrim cone cup cake tuh....nampak mcm besh!!!!!!! Sun 2-Dec-2007 10:43
Posted by:ibu chempaka  - [Link]
happy belated birthday to Muhammad...banyaknya kak hajar masak..if birthday dina nanti jas nak cuba resepi icecream cone cupcakes tu ..nampak menarik!! Sun 2-Dec-2007 14:42
Posted by:irfan n dina  - [Link]
coffee cheesecake stick! subhanallah. rasa mcm nak buat SEKARANG.
ops, happy belated birthday, muhammad. semoga jadi anak yang soleh.
Mon 3-Dec-2007 04:22
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Bertuah Muhammad..birthday sampai 3 jenis mamanya baking....yg mana satu Muhammad paling suka..biar acik teka.... rasanya Ice Cream cone cc tu yg kena makan dulu .... cantik cc sama dgn bukulah..
Coffee Cheesecake Stick tupun nampak sedap...bagi sepotong boleh....
Mon 3-Dec-2007 04:39
Posted by:mamasya  - [Link]
Happy belated birthday to Muhammad makcik n famili doakan semoga menjadi anak yang soleh n cemerlang gemilang terbilang. Mon 3-Dec-2007 05:22
Posted by:gie giemairfani@yahoo.com
teringin nak cuba buat lahhhhh
cantiiiiik ajer ice cream cupcakes tu
Tue 4-Dec-2007 07:02
Posted by:zaliana
makan anak-beranak pon nmpk best seme menu tue.....................yg penting besday boy suka Tue 4-Dec-2007 09:23
Posted by:mama @nis  - [Link]
nampak real la Ice Cream Cone Cup Cakes tu... sekali pandang mmg nampak cam ice cream... neway, semua menu tu nampak mengancam betul.... Tue 4-Dec-2007 10:57
Posted by:Eryne Jasmine  - [Link]
jar, bila kau cakap muhamad nangis bila almond crisp habis, akak terus copy resepinya. mesti srispy betul nih. icecream cap cake tu, akak rasa jar pakai star kecil.pakai noozle star yang besar, bila swirl pasti nampak macam ice cream Wed 5-Dec-2007 02:07
Posted by:zatidhati amaruszatinr@yahoo.com
looks yummy...dah cantik dah tu...kalau anak2 saya tgk mesti dan2 minta ibunya buat! Thu 6-Dec-2007 02:46
Posted by:chendana ayu_cendana@yahoo.com  - [Link]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.