Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 1-Jan-2008 00:00 Email | Share | Bookmark
Selamat Tahun Baru 2008

 
Selamat Tahun Baru 2008
Selamat Tinggal 2007
Kirim Salam 2006



Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2008...bermakna ini adalah tahun terakhir kami sekeluarga di UK, insyaAllah...moga dipermudahkan cik abang kita menghabiskan PhD.nya, amin.
Tak sabar dah rasanya untuk berangkat balik ke Malaysia...entah, kita ni masa nak gi UK awal-awal dulu excited bukan main...bila sampai sini takdelah best sangat....mungkin faktor cuaca, pemakanan dan budaya di sini kot
Kadang-kadang kita rasa best gak jadi suri rumah...tapi kadang-kadang rasa rindu ngan kerja kita...yelah, lama dah tak pegang duit gaji dan shopping ngan duit sendiri, sembang ngan rakan sekerja dr isu peribadi sampailah isu semasa, dan drive kete sendiri w/p tak secekap mana.
Hmmm, lagi satu mungkin juga rindu kat rumah kita yg kita sempat duk lebih kurang 6 bulan je...lepas tu kena gi UK. Rumah memang tak dan nak deko apa-apapun...balik ni cadang-cadang tu nak mendeko apa yg patut, dlm kepala dah ada 2-3 perancangan...moga2 akan terlaksana....kata orang rumah sendiri ni sayang dia lebih sikit w/p hanya rumah kecil beratap rumbia
Benarlah kata pepatah 'hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, baik lagi di negara sendiri'...ini bermakna, cukuplah 3 tahun kaut emas di negara orang dan bawa le emas tu balik ke negara kita sendiri, lagipun emas kat sini 9 karat je...emas Malaysia 22 karat, lagi berharga taww

SELAMAT TAHUN BARU 2008 BUAT SEMUA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net