Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 4-Jan-2008 19:54 Email | Share | Bookmark
Susu Pekat Manis & Kek Marble Susu

 
 
Hari ni kita buat susu pekat manis sendiri bersumberkan resepi drpd Yani myresepi...walla, menjadi dan sangat sedap...sama rasanya ngan susu pekat jenama terkenal... lepas ni takyah beli susu pekat manis dah, sebab kat sini susu pekat boleh tahan mahalnya...satu tin kecik dah £1 lebih, kalau convert lebih kurang RM8 gitu ...t/kasih kpd Yani yg berkongsi resepi


Susu Pekat Manis

500ml susu segar
100ml gula*
(* sukatan gula 1/5 dr sukatan susu segar)

1. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sehingga sukatan susu tinggal separuh dari sukatan asal. Kemudian sejukkan dalam bekas yang sesuai.
2. Berhati-hati kerana susu ni mudah hangus. Jangan guna api yg besar.

Bila dah ada susu pekat manis...jeng jeng, kita pun buat Kek Marble Susu cilok resepi drpd FP MamaFami tapi malulah...belang kat kek kita tu tak jadi secantik MamaFami punya dan kita tak mekap pun kek kita tu, hehehe..mana leh celen orang yg pro. ye dak ...tapi kita tempek gak gambar dan resepinya di sini sbg koleksi resepi kita yg dah kita buat...enjoyyy


Kek Marble Susu
Sumber : Chef Norzailina Nordin

250g mentega
230g gula kastor
2 sudu kecil ovalet
4 biji telur
270g tepung superfine - kita guna self-raising flour
1 sudu kecil serbuk penaik - kita omit
60g susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar atau susu cair (kita gunakan susu segar)
1 sudu kecil pes coklat atau coklat emulco (kita buat pes coklat sendiri)

1. Pukul 3 bahan pertama hingga gebu dan kembang. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul hingga naik.
2. Masukkan bahan ayak, kacau rata. Bubuh susu pekat, gaul sebati.
3. Bahagikan adunan kpd 2 bhgn.
4. Masukkan serbuk koko, susu segar dan pes coklat ke dalam satu bahagian.
5. Bubuh 1/2 senduk adunan biasa ke dalam tin 22cm yang dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak. Ratakan pula 1/2 senduk adunan berkoko. Ulangi hingga habis. Goyangkan tin supaya adunan menjadi rata.
6. Bakar dlm preheated oven 180 C selama 40 - 45 minit atau hingga masak.


***KitaSembangPulak***
Rani:
salam perkenalan
dOd:
Unnamed: kita pun baru tahu resepinya melalui Yani Myresipi
MamaFami: duk msia takyah nak buat susu pekat ni sbb fresh milk kat msia lagi mahal dr susu pekat kan
Daalia: terpaksa buat nak jimat belanja...hehehe, takyah le tabik2
Dekat tapi jauh:
Ana: alaa...ana lagilah rajin, siap ambik tempahan kek lagi tu
Kak Tina: salam perkenalan...t/kasih
Srsfeqah: selamat tahun baru 2008M dan 1429H utkmu jua
Ida isk: betul tu akak, kat msia beli je sbb murah
Cek de sam:
Masriyah: kena jimat la ni...sikit lagi perbelanjaan bertambah
Jeff:
Bunga ros: salam perkenalan, ada fp link lah kat kita
Mama@nis: hmmm...english tea memang takleh celen ngan teh tarik
Lee Lin:
Nur:
MaDiHa: camtu lah if tengah rajin...kalau tak makan semekut kering je
Mamasya: selamat tahun baru...best tak cuti2 msia
Jas: susu pekat memang mahal, ada resepi ni leh le cuba buat


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net