Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 7-Jan-2008 17:02 Email | Share | Bookmark
Mee Sup Bebola Kentang & Jeli Oren

 
 
Mee sup bebola kentang ni kita buat berdasarkan resepi Sup Bebola Kentang dlm FP Ishzah...tapi kita tersilap cara buat bebola kentang tersebut kerana kita campur semua bhn, celup dlm telur then goreng, padahal kaedah penyediaan bukan camtu...entahlah kenapa ngan kepala otak ni, nak buat sudoku satu seharipun la ni pun tak boleh2
T/kasih kpd Ishzah yg berkongsi resepi


Mee Sup Bebola Kentang

Untuk Bebola Kentang
8 biji ubi kentang - kupas kulit lalu rebus dengan sedikit garam hingga empuk
2 tangkai daun saderi - hiris halus (kita ganti ngan daun bawang)
250 gm daging cincang - kita guna isi ayam
1 s/teh serbuk lada hitam
1 s/mkn rempah kari daging
Garam - secukup rasa
1 s/mkn tepung jagung
1 s/teh bawang putih kisar
1 s/teh halia kisar
1 labu besar bawang besar - cincang
5 butir telur - di kocok
Minyak makan - secukupnya

1. Lumurkan lada hitam dan sedikit garam pada daging cincang. Perap sebentar.
2. Pijarkan kuali dengan minyak yang sedikit sahaja. Tumis bawang besar dan bahan kisar serta rempah kari.
3. Tumis hingga garing dan naik baunya. Lalu masukkan daging cincang yang diperap tadi.
4. Gaul daging hingga keluar airnya dan agak kering. Lalu angkat dan ketepikan.
5. Ubi kentang yang telah di lecek ketika panas di campurkan dengan sedikit tepung jagung.
6. Masukkan daging cincang tadi dan daun saderi. Gaul hingga semuanya sekata.
7. Siapkan dulang yang di lapik plastik bersih untuk meletakkan bebola kentang ini.
8. Ambil segenggam penuh ubi kentang dan kepal hingga menjadi satu bebola kentang yang besar.
9. Buat begitu hingga habis. Bila sudah selesai, siapkan mangkuk yang melengkong agak dalam. Ini bagi memudahkan bebola kentang di celup sepenuhnya ke dalam telur.
10. Kocok telur dengan sedikit garam, lalu celupkan bebola kentang dengan hati-hati.
11. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, lalu sekali lagi letakkan bebola kentang ini dengan hati-hati ke dalam minyak panas.
12. Pastikan minyak benar-benar dalam suhu panas sebelum anda menggorengnya.
13. Bila agak kekuningan angkat dan toskan.

Tips:
Bebola kentang seelok-eloknya bila anda sudah siap mengepalnya dan meletakkannya ke dalam dulang, biarkan di situ sehingga anda ingin menggorengnya.
Jangan selalu di sentuh kerana ia boleh merosakkan atau memasamkan rasa kentang itu sendiri. Sebaik-baiknya demi kebersihan gunakan sarung tangan bila anda menyentuhnya.

Untuk Sup
250 gm isi daging atau tulang ayam (kita guna tulang ayam)
Air - secukupnya ikut anggaran anda melembutkan daging dan membuat kuahnya.
2 cm lengkuas - bersihkan dan ketuk
2 batang serai - bersihkan dan ketuk
5 helai daun limau
Garam - secukup rasa

** Satukan kesemua bahan di atas ke dalam periuk lalu rebuslah daging hingga lembut bagi mendapatkan pati air daging.
Bila daging sudah lembut, perlahankan api dan biarkan dahulu.

Bahan Kisar
1 labu bawang besar - kisar
1 s/mkn halia kisar
1 s/mkn bawang putih kisar
2 biji buah keras - rendam terlebih dahulu dan kisar
1 s/mkn serbuk ketumbar
1 s/mkn serbuk lada hitam
2 s/mkn kicap manis
Garam - secukup rasa
Minyak untuk menumis
Limau nipis atau limau sambal - secukupnya
Bawang goreng - secukupnya
2 tangkai daun saderi - hiris halus (kita guna daun bawang)
Taugeh - dicelur dan ditoskan
Hiris daging - secukupnya (kita omit)
Sambal kicap cili padi
Bihun - di celur hingga lembut - yang ini jika anda suka (kita guna mee/spaghetti)

1. Pijarkan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing dan naik baunya.
2. Masukkan serbuk ketumbar dan garam. Bila dah garing, masuk bahan tumis ke dalam periuk yang berisi air daging.
3. Kacau sekali sekala kemudian masukkan kicap.
4. Rasa apa yang kurang. Padamkan api.

Dalam satu mangkuk, letakkan sedikit bihun (jika suka), kemudian diikuti pula dengan bebola kentang dan taugeh. Sendukkan sup daging ke dalamnya, lalu taburkan pula hirisan daging, daun saderi, bawang goreng, sambal cili padi dan limau sambal atau limau nipis yang di belah dua. Siap untuk di makan.


Jeli oren ni pula berdasarkan resepi Fruit Jelly oleh Yani Myresipi...t/kasih kpd Yani yg memang terkenal terer dan kreatif memasak kat Myresipi


Jeli Oren ( utk 2 orang makan )

2 biji limau- large size (kita guna buah oren)
4g serbuk agar-agar
500ml air + jus limau
50g gula
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning (ni kita tambah sendiri)

1. Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula, garam dan pewarna ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
4. Tuangkan jeli ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jeli keras.
(Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)


Kita kerat 2 buah oren tersebut, sudukan isinya, kemudian barulah isinya diperah utk jusnya...then kita letak kulit oren dlm ramekin utk kedudukan yg menegak, barulah dituangkan jeli kedlmnya

***KitaSembangPulak***
Jeff:
Daalia: pencipta resepi ni memang kreatif...kita cilok je
Zatidhati:
Ida isk: sikit lagi angin rajin melanda ler...sebab ada kelas deko kan
MamaFami: oren tu kita letak setiap belahan atas ramekin, jadi kedudukan dia cam cawan...jeli tak tumpah punya kecuali kulit oren tu pecah, boleh gak guna limau tapi pastikan limau yg berkulit tebal
Kamalina: kena bgth sebab bebola kentang kita tu tak jadi bentuk spt resepi asal, nanti tuan punya resepi marah lak sebab kita menkonfiuskan org lain dgn resepinya
MaDiHa:

Rani: ramekin tu cam acuan kecil2...leh tengok gambar kat link Bubur Suji yg kita buat...takde ramekin letak kulit oren dlm cawan pun boleh
Maklang:
dOd:
Yong: main sudoku gak..kakuro penah main tak
Boxhousestudio: alamak, tak ambik lah gambar step by step membuatnya...tapi jgn keliru ngan oren sebiji dlm gambar tu, itu oren real
Lee Lin:
Kak Leen: salam maal hijrah...kalau pedas berasap telinga tu taklah, tapi hidung jadi merah dan berair, itu gerenti
Roylazim: selamat tahun baru 1429 buat akak juga
Mamasya: salam maal hijrah 1429
Srsfeqah: salam maal hijrah 1429
Fifi fad: bila rajin cam gitulah, jika tak...ngap je oren tu
Aimah: salam maal hijrah....diizinkan dan t/kasih sudi singgah fp kita
Lily: kita taklah terer sebenarnya, sekadar suka masuk resepi2 dlm fp utk buat rujukan
Mama@nis: betul tu...setuju sesangat
Fazizaid:


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net