Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-Jan-2008 21:53 Email | Share | Bookmark
Viennese Apple Torte

 
 
 
Resepi kali ni kita ambik drpd blog Ah Mat Gebu...best je nampak apalagi sambil salin resepi sambil dengar lagu Ibnor Reza
'...berdiri aku di sini bukan utk seketika
berdiri aku sbg perindu
meskipun jiwaku sedih terasa bagai dihiris
namun ku tersenyum selalu
ku sentiasa beri kesempatan
agar ada ruang kemesraan
kita yg punya perasaan
terkadang rasa terkilan
janganlah dikeruhkan kasih yg sedang tenang
kerana ku merindu
kasihku yg terlalu dalam
usahlah dipersendakan
sabar dan kejujuran jadi akar kita
agar kita bahagia
di siniku berdiri... sbg perindu...'
alahai jiwang sungguh dengar lagu ni...teringat zaman muda remaja le pulak, masa tu lagu ni tengah fofular dan malatop
Berbalik kpd masakan...resepi ni kita buat separuh drpd adunan di bawah...oleh kerana kita tak suka kismis, kita gantikan ngan choc. chips dan tambah almond flaked, lepas tu kita tak letak gula aising di bahagian atasnya sebab kita rasa dah cukup manis viennese ni


Viennese Apple Torte

Bahan Kek
200 g tepung gandum*
200 g tepung jagung (corn starch)*
1 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan ayak 2 x)
1 camca teh esen vanilla
300 g mentega
250 g gula halus
100 ml susu segar
4 biji telur gred A
3 biji epal hijau, dikupas kulit, buang tengahnya dan hiris nipis
100 g kismis-kita ganti ngan choc. chips

Bahan Atas
100 g gula halus
100 g mentega
150 g tepung gandum
60 g serbuk badam
Gula aising untuk hiasan-kita omit

1. Panaskan oven pada suhu 160 C, lenser tin dengan mentega, alas dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak dengan sedikit mentega. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla. Putar lagi.
3. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Gaul rata. Gunakan spatula jika masih ada saki baki tepung.
4. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Susun epal yg dihiris pada permukaan adunan. Buat hingga habis dan taburkan kismis rata.
5. Satukan semua bahan2 utk topping, kecuali gula aising, gaul rata hingga menjadi seakan serbuk roti yg kasar. Tabur atas epal tadi dan bakar kek 30 - 40 minit hingga masak. Keluar dan sejukkan betul2 sebelum dikeluarkan dari tin. Potong ikut suka dan ayak gula aising sebelum dihidang.

Ini pulak si Muhammad dan Aisyah punya projek...kita memasak kat dapur, depa main bedak kat bilik atas, tup2 tengok dah putih melepak si Aisyah bila derang turun ke bawah...huhuhu tinggal sikit bedak botol besar dikerjakan derang...fuhh, nak marah pun benda dah jadi so ambik kamera...snap gambar derang




***KitaSembangPulak***
Ct:

dOd: camtu le deme 2 beradik **betul tu, Mat Gebu ni masakannya sentiasa menggoda
Unnamed: amboi, gelak besarnya
MamaFami: comel ye...habis berdebu putih satu bilik
Mamasya: Muhammad le sifunya, dia nak memutihkan Aisyah yg koko tu
Shasha Leeds:
Muna: tulah...derhaka resepi Mat Gebu tak letak gula icing atas kek...anak kita lak cam ditabur gula icing
Boxhousestudio: betul tu, snap gambar depa ni pun nak buat kenangan kat depa bila depa dah besar nanti
Srsfeqah: ni baru betul dikatakan orang putih celup

Ida isk: rasanya bebudak memang suka main bedak kot
Ana:
Yong:
Misliha:kes main bedak tak hingat dunia le ni kak oii
Mami Lily: viennese sedap makan bila betul2 sejuk berbanding rasanya masa masih panas
Ah Mat Gebu: tuan resepi datang dah ...camtu lah bebudak ni mat...kalau mak ayahnya, kena tepung tawar masa kahwin je, ahakks
Mamaella:
Masriyah: bukan setakat pengsan, masuk sepital kalau silap haribulan

Mummy jam:
Mama@nis:


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net