Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 19-Jan-2008 18:40 Email | Share | Bookmark
Choc. Chips Muffins

 
Hari ni kita buat muffin...lama dah tak makan muffin...resepi choc. chips muffins ni kita ambik dr FP MamaFami yg resepi asalnya drpd Nigella Lawson...memang best lah muffin ni, kalau tak percaya cubalah buat...senang dan tak mengambil masa yg lama nak mengadun dan membakarnya T/kasih pada MamaFami yg share resepi yg sedap ni ...nak ucap t/kasih pd Nigella, takde le dia nak melawat fp kita ni, lagipun bukan dia fahamnya bahasa melayu...hahaha


Choc. Chips Muffins

250 g tepung
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikabonat
2 sudu besar serbuk koko
175 g gula kastor ( kita guna 150 g je )
150 g chocolate chips
250 ml susu segar ( kita campurkan fresh milk dan choc. milk )
90 ml minyak sayuran
1 biji telur (L size)
1 sudu kecil esen vanilla

1. Ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk koko ke dalam mangkuk yang besar. Masukkan gula.
2. Di dalam mangkuk yang lain, tuangkan minyak, susu segar, esen vanilla dan telur. Gaulkan hingga sebati menggunakan whisk.
3. Tuangkan kesemua cecair ke dalam adunan tepung dan kacau menggunakan whisk hingga sebati. Jangan terlebih kacau.
4. Masukkan chocolate chips.
5. Sudukan adunan ke dalam mangkuk muffin (3/4 penuh)
6. Taburkan sedikit chocolate chips di atasnya
7. Bakar di dalam preheated oven pada suhu 180 C selama 20 minit atau sehingga masak.


***KitaSembangPulak***
Ct
: ye ke ct...kek yg ct buat jadik je, lenkali cuba lagik, mesti jadi punya
Unnamed: nahh...sambut muffin yg kita lontar ni
Ana: bukan kekacang tu...kita campur ngan white choc. chips gak
Mamasya: sib baik anak2 kita bedal semuanya, tak kutip2 choc. chips tu
Sherry: w'salam...lenkali kena singgah...kalau tak, tak kawan taww
Nur: sama je muffin kita tu...leh menggebukan badan
Masriyah:
FarEast: nanti kita melawat fp awak, k
MamaFami: t/kasih mama berkongsi resepi ni...sedap, memang membumbung jadinya

Kamalina: betul tu, senang tul buat muffins ni dan hasilnya memang best
Ah Mat Gebu: bukan muffin je montox...tuan yg buat pun dah terlebih montox, ahakss


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net