Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 31-Jan-2008 16:32 Email | Share | Bookmark
Chewy Gooey Yummy Brownies

 
Resepi brownies ni dah lama betul kita kiv nak membuatnya...itu belum lagi resepi2 brownies pelbagai versi yg masih tersimpan rapi, ntah bila nak mencubanya. Kita memang penggemar brownies dan banyak gak resepi2nya yg kita kumpul Resepi brownies ni kita ambil dr Fp Ishzah yg sumber asalnya dr RNet...t/kasih berkongsi resepi brownies yg sedap ni ( anak kita Muhammad je suka... Anis, Iqah & Aisyah tak suka lak sebab ada kacang di dalamnya...lenkali kena buat yg plain je )


Chewy Gooey Yummy Brownies

250g butter - potong kecik
400g chocolate - potong kecik
6 eggs
340g brown sugar
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco - kita buh cocoa powder
80g tepung gandum
60g cocoa powder
140g walnut/pecan/almond/macadamia cincang (optional) - toastkan

1. Panaskan oven suhu 160 C. Sediakan dan alas tray
2. Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3. Masukkan telur, gula, esen dan chocolate emulco dalam satu mangkuk, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4. Tuang adunan butter dan coklat tadi ke dalam mangkuk dan gaul rata.
5. Ayak tepung gandum dan cocoa powder, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul sekali. Tuangkan tepung ke dalam mangkuk di atas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang adunan dalam tray dan bakar 160 C 50 minit - 1 jam (bergantung pd oven).
7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad
***Kita buat separuh drpd adunan di atas***


Quote:
Membaca satu kisah benar dlm majalah Woman 'Evil feeder husband made me gain 15st' terlintas di fikiran kita, ada gak suami yg begitu...semuanya gara2 cemburu jika isterinya berbadan langsing akan berlaku curang kpdnya atau akan menarik perhatian lelaki lain. Kalau isteri gemuk, si suami rasa selamat ('I think that's why he liked me to be fat-so it would be harder for me to find another man') ...so si suami ni bagi isterinya makan banyak2 supaya si isteri menjadi gemuk, jika si isteri tak makan maka akan didera...fuyooo, brutal betul... ('He'd lock me in the kitchen and tell me to eat'...And I'd put up with the beatings when I refused to eat the huge portions he made for me. The violence escalated until one day he beat me so badly I thought I'd die. He broke my ribs and tried to strangle me.')
So, apakah isteri yg masak sedap2 kemudian bagi suaminya makan dlm kuantiti yg banyak dan seterusnya menyebabkan berat badan si suami semakin bertambah...akan dikatakan pandai menjaga suami atau termasuk dlm kategori mendera namanya ?????


***KitaSembangPulak***
MamaFami:
anak mama ni ada kegemaran masing2 ye...syahmi suka choc. eclairs manakala fatin suka brownies...memang kus semangat 3/4 loyang tak cukup dia dan kawan2nya, mesti sedap sangat brownies mama tu
Yong:
Jeff:
Kak Jun: cubalah kak jun...kak jun pun take care, k
Rani:
Kak Leen: w'salam...sebuku takpe lagi, jgn banyak buku sudah
Nabialishad: cam kita gak intan ye...kiv punya lama lepas tu baru buat
Ana:
MaDiHa: betullah...anak2 ni suka yg plain je, kita lak suka yg banyak kacang...lenkali buat 2 loyang, baru adil
Lee Lin:
Mamasya:
Nur: kalau ada yg instant dan sedap ok gak, tak perlu nak susah2 mengadun adunan
Ummi: alhamdulillah, family sihat adanya...ok, nanti kita datang rumah akak ye
Fifi fad: la kesian kat najlah tu....takpe nanti buat lepas dia balik dr Disneyland

Kamalina: kalau tak suka manis, kamalina boleh kurangkan kuantiti gulanya


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net