Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 7-Feb-2008 13:02 Email | Share | Bookmark
Murtabak Fiza

 
 
Masa jamuan meraikan warga baru hari tu ramai yg memuji kesedapan murtabak yg dibuat oleh Fiza yg menggunakan kulit popia...so apalagi, mestilah nak tau rahsia resepinya. Resepi ni telah diforwardkan oleh kak Shikin kpd kita kerana dia dah dapatkan resepinya terlebih dahulu drpd Fiza T/kasih kpd Fiza yg sudi berkongsi keenakan murtabaknya dan mudah pulak nak membuatnya. Kuantiti bahan tidak diberi secara detail sebab Fiza masak main campak2 je...so kita pun buat main belasah je, so sesiapa yg nak mencuba resepi ni pun kena pandai le main agak2 kuantiti bahannya ye


Murtabak Fiza

Kulit popia secukupnya

Inti
Bawang putih-blend/tumbuk
Halia-blend/tumbuk
Serbuk kari (kita guna serbuk kari Baba's)
Serbuk kari kurma (kita guna serbuk kurma Adabi)
Garam masala
Serbuk jintan putih
Serbuk kari Madras (kita tak letakpun)
Isi ayam cincang
Sedikit air
Garam
Telur
Bawang besar - potong bentuk gelang (kita potong separuh gelang)

1. Bancuhkan serbuk kari, kurma, garam masala, madras kari dan serbuk jintan putih dgn sedikit air menjadi pes
2. Tumis halia dan bawang putih hingga berbau harum. Masukkan pes, kacau seketika
3. Masukkan isi ayam cincang dan masukkan sedikit air. Gaul mesrakan
4. Kacau sekali sekala dan perasakan dgn sedikit garam (hanya perasakan dgn sedikit garam kerana kulit popia sudah ada rasa masin)
5. Masak sehingga inti agak kering. Angkat masukkan ke dlm mangkuk
6. Pukul telur, kemudian masukkan telur dan bawang besar ke dlm mangkuk inti tadi
7. Letakkan inti atas kulit popia dan lipat menjadi 4 segi
8. Panaskan sedikit minyak dlm kuali leper dan goreng murtabak menggunakan api yg sederhana kecil. Masak kedua-dua belah murtabak hingga keperangan.
*** Menggoreng murtabak ni tak ambik masa yg lama coz inti dah masak, kira nak masak telur dan kulit popia je.


***KitaSembangPulak***
Ed:

Ct: memang murtabak ni pakai kulit popia, bukan kulit roti canai
MamaFami: memang idea guna kulit popia ni bagus dan sonag kojo den
Shasha: kena buat pn.sri..pasti hilang rindu kat murtabak msia
Aimah: kita guna kulit popia yg paling besar, bila lipat tu dapat bentuk yg sederhana besar
Ana: jelesss gak sebab kita kena buat, org lain just beli yg dah siap
Mamasya: memang senang...utk satu murtabak guna satu lapis kulit popia
Zanaz: kulit popia ni bila dah jadi murtabak, kulit dia jadi lembut cam kulit murtabak biasa tu

Mama@nis: gee dah lama buat murtabak guna kulit popia rupanya...memang senang kan
dOd: ye ke tangan kaku...rasanya kalau mike masak lagi best tu
Linda_shamsul: salam, cubalah...lepas tu pas sepiring kat sini
Daalia: bab instant ni memang best nak cuba
Muna: k, kita tungguuuu
Yong: wow.. jauh perginya bau murtabak kita ni
Jeff: kita lak tak suka bawang jeruk, tapi inti murtabak yg banyak memang bestt
Meorjay:
Zilzal: cari, jgn tak cari taww
Lee Lin: ye, just beli kulit popia je
Roylazim:
Izanman: diet lagi ke, ala makan seketui tak naik kut berat badan
Fliffy: salam, malassssss bukan kelasssss
Mr. Bye: sekali sekala makan le time bukan bulan posa, hilang lapo wehh
MaDiHa: boleh buat inti versi lain...kut lagi best
Mummy jam: betul tu, janji kreatif je
Ctnik: ada hadiah utk kita...tak sabar nak gi rumah ct ni, tungguu taw
Kak Iris Ixora: wah...nak belajar bhs turkilah ngan akak...dlm bhs turki t/kasih apa ye


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net