Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 29-Mar-2008 18:34 Email | Share | Bookmark
Opera oh Opera

 
 
Hari ni dgn penuh semangatnya kita cuba buat Kek Opera pulak...punya lah lama nak menyiapkannya sebab si babyku Syafi hari ni turut ber'opera'...uwaaa...uwaaa...uwaaa...
Resepi ni kita ambik drpd Majalah Saji Mei 2007...tapi kita ni masih tak pandai nak melayer kek sebab kita tak ikut aturan yg betul spt dlm resepi...main layer sekali harung je...ngeh ngeh ngeh
lapisan kek yg dipotong pun masih tak sama tebal...huhuhu... belasah je lah janji dpt makan kek opera
Untuk variasi resepi Kek Opera leh rujuk FP Zati D'hati dan FP Lee Lin selain resepi yg kita sertakan ni...layannn


Kek Opera

Bahan Span Joconde
60 g mentega cair (unsalted)
6 biji putih telur
2 sudu besar gula pasir
2 cawan tepung almond/almond kisar
2 cawan gula aising
6 biji telur(kita just buh kuning telur je)
1/2 cawan tepung serbaguna (kita guna plain flour)

1. Panaskan oven 220 C, alaskan loyang 12 1/2 x 15 1/2 in
2. Pukul putih telur dgn gula pasir hingga gebu
3. Dlm bekas lain, satukan tpg almond, gula aising dan telur...pukul selama 3 min dgn kelajuan sederhana. Masukkan tepung dan gaul sebati
4. Satukan putih telur dlm adunan tadi sikit demi sikit, kemudian tuangkan mentega cair, gaul sebati
5. Tuangkan dlm loyang dan bakar selama 10 minit/hingga masak. Setelah sejuk, potong menjadi 3 keping

Bahan Sirap Kopi
1/2 cawan air
1/3 cawan gula pasir
1 1/2 sudu besar serbuk kopi

1. Satukan kesemua bhn dan didihkan. Biarkan sejuk (kita bancuh je ngan air panas)

Bahan Krim Mentega Kopi
2 sudu besar serbuk kopi segera (3 dlm 1)-kita guna 1 sudu besar serbuk nescaffe
2 sudu besar air panas
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 cawan gula
1/4 cawan air
1/2 sudu kecil esen vanilla
200 g mentega (unsalted)

1. Satukan serbuk kopi segera dgn air panas. Ketepikan
2. Dlm bekas lain pukul telur dan kuning telur hingga gebu. Ketepikan
3. Dlm periuk satukan gula, air dan esen vanilla dan didihkan. Sejukkan
4. Tuangkan adunan no. 3 dlm adunan no. 2. Pukul dgn kelajuan sederhana selama 5 min
5. Pukul mentega dlm satu bekas yg lain
6. Satukan kesemua bhn dan pukul hingga gebu. Masukkan dlm bekas, tutup dan masukkan dlm peti sejuk

Bahan Ganache
240 g coklat masakan (cincang kasar)
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan heavy cream
60 g mentega (unsalted)

1. Didihkan susu dan heavy cream, angkat lalu masukkan coklat...kacau sebati
2. Pukul mentega hingga gebu dan masukkan dlm adunan coklat. Masuk dlm peti sejuk

Bahan Glaze Coklat (kita tak buat pun)
115 g mentega (unsalted)
150 g coklat masakan

1. Satukan kedua2nya dan cairkan secara double boiler

Cara Menyusun Lapisan Kek (kita buat sekali harung je...derhaka sebab nak cepat)
1. Lapikkan papan kek ngan kertas surih
2. Letak selapis joconde, sapukan sirap kopi diikuti krim mentega. Sejukkan 10 minit
3. Lapiskan lagi joconde, sirap kopi, diikuti dgn ganache dan kemudian mentega krim
4. Di atasnya letak jaconde, sirap kopi kemudian sejukkan 10 min lagi
5. Sapukan pula krim mentega dan ganache, sejukkan lagi 10 min
6. Akhir sekali sapukan dgn glaze coklat, sejukkan semula sebelum dihidangkan

***secara mudah gambaran lapisan kek***
Glaze coklat-lapisan atas sekali
Ganache
Mentega krim
Sirap kopi
Joconde
Mentega krim
Ganache
Sirap kopi
Joconde
Mentega krim
Sirap kopi
Joconde-lapisan bawah



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net