Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 1-Apr-2008 18:17 Email | Share | Bookmark
Kuih Apam Putih/Pak Tong Koh

 
Menu minum petang kita ari ni ialah Kuih Apam Putih yang kita dapat resepinya drpd Dapur Loveliana. Terima kasih kpd penyumbang resepi ni


Kuih Apam Putih/Pak Tong Koh
Sumber: Chef Patsie Cheong

Bahan A:
230gm tepung beras (ayak)
150ml air
(Satukan kedua2 bahan)

Bahan B:
180gm gula castor (gula biasapun boleh,guna brown sugarpun boleh,tapi color tak putih ler )
380ml air

Bahan C:
1/2 tsp yis/mauripan/ragi
2 sudu makan air
(Satukan)

Bahan D:
1/8 sudu teh minyak
setitis air kapur makan

1. Masak bahan B sampai mendidih (kalau mau wangi/harum masukkan beberapa helai daun pandan), tuang ke dalam bahan A. Biarkan sejuk
2. Bila dah sejuk,masukkan pula bahan C. Biarkan selama 2 jam sampai dia agak kembang dan naik.
3. Selepas itu tambahkan bahan D dan gaul sebati.
4. Tuangkan adunan dalam loyang dan kukus selama 25 minit.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net