Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 23-Jun-2008 19:59 Email | Share | Bookmark
Barat bertemu Timur

 
 
Ini menu yg lama terpendam nak buat...memandangkan asyik goreng je spaghetti tu cam goreng mee, kita buat ler pulak ala2 bolognaise & meatballs gitu


Spaghetti Bolognaise & Meatballs(tiada kuantiti yg jitu, main belasah je...)

Spaghetti
Bawang merah-dadu
Bawang putih-cincang halus
1 tin chopped tomatoes
Sayur campur ( frozen punya)
Sedikit sos cili
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit keju

1. Spaghetti direbus bersama sedikit garam + minyak hingga lembut, toskan airnya dan gaul dgn sedikit butter - ketepikan
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga naik bau
3. Masukkan chopped tomatoes, sos cili dan lada hitam, kacau
4. Apabila mendidih masukkan sayur campur dan sedikit keju, renihkan seketika
5. Perasakan dgn sedikit garam sebelum diangkat

Meatballs

Daging cincang
Bawang merah-dipotong dadu
Sedikit tepung jagung
Sedikit rempah kari
Garam secukup rasa

1. Gaulkan semua bhn, kepalkan menjadi bentuk spt bebola
2. Gorengkan dlm minyak yg banyak hingga masak

Hidangkan spaghetti bersama meatballs dan tuangkan kuah di atasnya

***
Lompat Tikam ni pulak teruja nak buat masa bertandang ke rumah Muna...ada kelainan sikit lompat tikam ni coz menggunakan pulut hitam, bukan pulut yg buh kaler merah cam selalu tu...menurut citernye kuih ni diberi nama lompat tikam sebab kuih ni selalu dijamu selepas habis latihan / upacara persilatan pada masa dolu2...la ni kuih ini boleh dimakan bila2 masa...rasa nak makan, buat...rasa tak nak buat, beli...tak payah nak tunggu bersilat-silat dah...so enjoyyy

Lompat Tikam
Sumber: Pn. Nuriah Zahari

Bahan Pulut
2 cawan pulut putih (dikukus)
1 cawan pulut hitam (rendam 1 malam)

1. Rebus pulut hitam yang telah direndam sampai empok, buang airnya.
2. Campurkan dengan pulut putih dan kukus lagi
3. Sapu acuan dengan minyak, tuang pulut lalu ditekan-tekan dan biarkan sejuk.

Bahan Hijau (lapisan atas)

Daun pandan
5½ cawan air
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil kapur sirih
Sedikit pewarna hijau - opt

1. Daun pandan dikisar dengan 5 ½ cawan air, tapis airnya
2. Satukan semua bahan-bahan dan dikacau atas api yang sederhana sehingga pekat, angkat
3. Tuangkan atas pulut, biarkan sejuk.

Bahan Air Gula

5 buku gula kabung
2 cawan air

1. Masak gula kabung bersama air sehingga larut dan pekat

Bahan Santan

1 tin santan
1 ¼ tin air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

1. Kacau semua bahan di atas api sehingga pekat

Hidangkan pulut bersama air gula dan bahan santan


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net