Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 26-Jun-2008 11:26 Email | Share | Bookmark
Baked Sandwiches

 
Baked Sandwiches ni kita buat sebab teruja melihatnya dlm rumah Kak Rinn...so apalagi, jalankan projeklah, intinya kita buat version kita sendiri. BS ni sedap dimakan panas2 begitu sahaja atau pun curahkan sedikit sos cili di atasnya. Terima kasih Kak Rinn atas resepi yg syiokkk ni



Baked Sandwiches

Beberapa kepingan roti
Bahan Inti
Bawang merah - dadu
Bawang putih - cincang halus
Cincangan isi ayam/daging
Sayur campur (frozen)
Sos cili
Sos tomato
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Parutan keju

1. Panaskan oven 180 C
2. Gelek nipiskan roti, tekan2kan dlm acuan dan potong tepinya mengikut tepi acuan, bakar selama 7- 8 minit...angkat, sejukkan
3. Untuk inti: Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga naik bau
4. Masukkan cincangan isi ayam/daging dan serbuk lada hitam, kacau
5. Masukkan sos cili, sos tomato dan sayuran campur...kacau hingga inti agak kering
6. Perasakan dgn sedikit garam, angkat
7. Letakkan inti dlm roti tadi, taburkan keju parut di atasnya dan bakar sekejap, bila keju sudah mencair bolehlah diangkat
8. Hidangkan panas-panas


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net