Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 6-Jul-2008 19:21 Email | Share | Bookmark
Nasi Lemak Fenugreek

 
 
Resepi nasi lemak fenugreek ni kita ambik drpd rumah Ummizaihadi, seronok masuk rumah ummi ni taw...disamping ada masakan sedap2, ada lagu yg best2 dan leh jamu mata ngan set hidangan yg cantik2 ...kerana keunikan nama nasi lemak ni menyebabkan kita teruja nak memasaknya...nasi lemak ni bila masak je, bukak tutup periuk...fuhhh, aromanya memang best apatah lagi rasanya...tak sia-sia mencubanya, t/kasih ummi krn sudi berkongsi resepi yg unik dan sedap ni


Nasi Lemak Fenugreek

4 sudu makan minyak sapi
1 batang kayu manis
1 biji bawang besar - hiris
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 sudu teh halba
3 sudu makan halia/bawang putih - tumbuk/kisar
2 sudu makan tairu - (kita letak yogurt)
1 kg beras Basmathi- (kita guna beras siam je)
800 ml santan pekat
garam
daun pandan

1. Cuci dan rendamkan beras selama setengah jam (guna beras siam takyah rendam)
2. Masukkan beras dalam periuk nasi. Ketepikan dulu.
3. Dalam kuali lain, tumiskan bahan2 dengan daun pandan dan kacau hingga wangi.
4. Masukkan santan pekat, garam dan tairu, biarkan mendidih sebentar. Tuangkan ke dalam periuk nasi tadi. Masaklah seperti biasa.
5. Hidangkan nasi dgn lauk kegemaran masing2..kita mkn ngan sambal tumis ikan bilis, ayam goreng dan hirisan timun

Aksi Aisyah tunggu ibu masak nasi lemak



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net