Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Jul-2008 15:41 Email | Share | Bookmark
Tau Fu Fah

 
 
 
Hari ni kita cuba buat TFF setelah mendapat bekalan gypsum powder yg dibeli oleh Farah (kwn kita) di kedai Cina Leeds...gypsum powder ni pun kita tanya Shima kat mana dia dapat bekalannya setelah tengok resepi TFF dlm Fpnya...tapi kita buat tak sampai 4 liter air soya tu, jenuh kita memerah air kcg soya sampai ke titisan terakhir... cuma dapat 1 liter lebih je, huhuhu...terpaksa belasah je kuantiti bhn2 yg lain tu, alhamdulillah jadi... cuma tekstur agak lembut sikit., tak kisahlah janji dpt merasa TFF di bumi UK ni
Resepi dari Fp Shima...t/kasih ye Shima comey


Tau Fu Fah

4 liter air kacang soya tanpa gula(resepi air soya ambik disini)
11 gram gypsum powder
20 gram cornstarch
1/2 cawan air

Bahan kuah
Air gula merah
* Masak gula merah dgn nisbah 1 gula : 1 air. Masak sampai kuah nampak likat.
[kita buat gula melaka + dark muscovado sugar + gula putih + air]

1. Rebus air kcg soya hingga mendidih. Berhati2 semasa ia nak mendidih...takut ia melimpah2 dari periuk. Rajin kacau semasa memasak utk mengelakkan air soya berkerak.Bila dah mendidih, matikan api.
2. Kemudian, masukkan gypsum powder & cornstarch (tepung jagung) ke dalam air. Bancuh sehingga sebati.
3. Kemudian ambik bekas untuk setting tau fu fa cth: bekas plastik/mangkuk/loyang
4. Masukkan air bancuhan gypsum dgn constarch tadi...goyang2 kan bekas supaya bancuhan tidak mendap.
5. Kemudian, masukkan air soya yg baru lepas mendidih tu cepat2. Biarkan sehingga 15 minit dan lebih
6.Bila nampak bancuhan dah set/mengeras, baru boleh disenduk dan dimakan dgn air gula melaka atau gula merah.

Hadiah dr Mamasya yg dah kita framekan...t/kasih Mamasya



Yang ni kita frame lain, utk kita bagi kpd:
Shima
Kak Ida Isk
Kak Jun
Kak ZatiDHati
Jasmeen
AishahummiAqil
Ina_Saly's


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net