Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Jul-2008 07:04 Email | Share | Bookmark
I never...

 
 
'I never met a calorie I didn't like'...hihihi, so inilah hasilnya
Cupcakes ni kita buat berdasarkan Hershey's "Perfectly Chocolate" Chocolate Cake drpd fp MamaFami...kes teruja tahap takleh tido tgk mama punya cc ler nih ...memang besttt sebab lepas mkn cc ni leh tido sambil tersenyum,. tqvm ma



Hershey's Perfectly Chocolate Cupcakes


1-3/4 cawan tepung gandum#
3/4 cawan serbuk koko#
1-1/2 sudu kecil serbuk penaik#
1-1/2 sudu kecil soda bikabonat#
1 sudu kecil garam#
2 cawan gula
2 biji telur
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak sayuran
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air mendidih
# ayak

1. Masukkan gula ke dlm bhn2 yg telah diayak, kacau sebati.
2. Masukkan pula telur, susu segar, minyak masak dan esen vanilla ke dalam bancuhan tepung tadi dan pukul selama 2 minit.
3. Tuangkan air mendidih ke dalam adunan. Sebatikan (Bancuhan akan menjadi agak cair.)
4. Tuangkan adunan ke dalam dulang cupcakes yang telah dialas dengan cawan kertas.
5. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 350°F/180°C/Gas 4 sehingga masak. ( kita punya oven 20 minit cc dah masak)

@@@

Ini pulak Kek Lapis, buah tangan drpd CT-Nik @ Cik Puan Kesum dr. Edin. semasa dia berkunjung ke Bradford tapi tak sempat singgah kat umah kita pun,..huhuhu kek je yg singgah...t/kasih buat CT, memang cantik lagi sedap kek lapis ni sebab takde rasa rempah dan tak terlalu manis...sekali hadap je terus licin, sib baik sempat snap keknya...t/kasih CT, dirimu dan kek mu tetapku kenang




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net