Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Aug-2008 08:20 Email | Share | Bookmark
Terima Kasih

 
 
 
Hadiah ini kita dapat drpd Nabialishad/Intan ..moga ikatan persahabatan terus kukuh sesama kita, terima kasih ye Intan, muahhhh



Yang ini pula award yg diberi oleh Kak Lin, Aishah@ummiaqil, Zaiy, Mamasya dan juga DapurImpian...terima kasih semua, kita sangat gembira menerimanya w/p diri kita ni tak sekreatif mana pun
Quote:



Kak Lin : Salam Hajar Jomlaaa Datang Umah Kak Lin Ambil Award
Aishah : psss...mai umah ite sat...amik barang...
Zaiy : salam..mai umah yer..amik hadiah..
Mamasya : Salam Hajar...nanti dtg rumah ambil hadiah.....
DapurImpian : *nanti dtg rumah ambil hadiah lg ye......

Kita nak bagi award ni pula kpd
# Fliffy
# Dilla
# Mummy Hamim2
# Mama@nis


Ini pula Puding Roti Bersos Kastad berdasarkan resepi French Loaf Coffee Pudding dr rumah UmmiZaihadi...tapi kita tak guna roti perancis tu, kita guna roti biasa yg kita toastkan terlebih dahulu, bahan2 yg lain sama je ngan resepi ummi Terima kasih ummi krn berkongsi resepi yg kita rasa memang sedap Kita C&P je resepi dr umah ummi, halal ye ummi...


Puding Roti Bersos Kastad

1 batang roti Peranchis (potong setebal 2cm)-kita guna roti biasa yg tlh ditoastkan
1liter air kopi tanpa gula
200 gm coklat putih (potong kecil2) - kita parut
100 gm kismis
100 gm gula perang
1/2 liter whipping cream

Bahan Kuah Kastad:-

1 liter susu segar penuh krim
Esen vanila
2 sudu besar tepung kastad
1/2 cawan gula pasir

PUDING:-
1. Rendam roti dalam air kopi sebentar saja.
2. Susun roti dalam loyang 8 inci yang telah dialas dengan alluminium foil (*kerana pudding ni agak susah diterbalikkan nanti).
3. Taburkan sebahagian gula, coklat putih dan kismis. Ratakan.
4. Susun sebahagian roti lagi di atasnya. Buat seberapa banyak lapisan yang boleh dan bahagi2kan gula, coklat dan kismis untuk setiap lapisan (kita buat tiga lapisan). Tapi bahagian atasnya mestilah diakhiri dengan roti.
5. Tuangkan whipping cream rata-rata. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 40 minit (bergantung pd oven masing2).

KUAH KASTAD:
1. Satukan semua bahan dan didihkan atas api yang kecil sehingga agak likat.
2. Angkat dan tuangkan ke atas puding. Masukkan dlm fridge...sedap dimakan sejuk2

(kita hanya masukkan kuah kastad dlm fridge, manakala puding letak kat suhu bilik, masa nak makan baru tuang kuah pudding di atasnya )


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net