Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Sep-2008 13:03 Email | Share | Bookmark
Menyelesaikan Tugasan

 
Menunaikan janji utk menyelesaikan tugasan yg diberi oleh cikgu Zaiy dr. Dubai tak siap kena rotan lak nanti
Quote:
RULES
The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names. Then goes to their blogs and leaves them a comment. Letting them to know that they have been tagged. Let the person who tagged you know when you've posted your answer.
So now, on to the questions...

1) What were you doing 5 years ago?
>>Duk 2 minggu kat Swiss Inn Sg. Petani mengikuti kursus induksi dan tak dapat menghadiri konvokesyen cik abang...huhuhu
>>Dalam tahun ni jugak kita keguguran anak ketika kandungan berusia tiga bulan

2) What are 5 things on your to-do list for today?
>>Bangun sahur kul 3.30 am...imsak habih kul 4.00 am
>>Pukul 8.40 hantar anak2 gi sekolah
>>Buka internet...check email, bukak fp kengkawan cari resepi, if sempat tggl komen
>>Kemas rumah dan layan budak kecik 3 orang tu
>>Memasak utk berbuka puasa sekaligus utk sahur

3) What are 5 snacks you enjoy?
>>coklat yg ada kekacang didlmnya terutama almonds atau brazil nuts
>>kuaci-kalau dapat sepaket besor sekali hadap je
>>makanan ringan - kalau kat msia suka twisties perisa keju, kat uk ni doritos tangy cheese
>>buah ciku...huhuhu tapi lama dah tak makan
>>chiskek...semedang buat kek ni, ketagih ooo...

4) What are five things you would do if you were a billionaire?
>>takkan terjadi dalam hidup kita ni...so takmo berangan2...ahaksss

5) What are five jobs you've had?
>>Minah kilang masa cuti semester zaman belajar dulu...kerja shift malam, siap jatuh kusi sebab tertidur masa kerja
>>Kerani di sebuah firma guaman kat Brickfields
>>Editor di 3 buah syarikat penerbitan yg berlainan
>>Guru
>>Suri rumah utk tempoh 3 tahun...la ni cuti tanpa gaji

***Sempena bulan puasa, tiada sesiapa diberikan tugasan ini, kasi peluang berehat***


Ini pulak kuih Serimuka Lapis Jagung yg kita cilok resepinya dr FP Hanieliza...Kuih ni kita buat sebelum bulan posa lagi, baru nak letak kat fp nih...tapi kita ni terlebih rajin buh kaler merah kat pulut tu...hikhikhik...cik abang kita kata kuih ni dah macam traffic light ler pulak Spt biasa adalah kita ubah sikit2 resepi ni...apa2 pun kita letak resepi asal Kak Liza...t/kasih Kak Liza



Serimuka Lapis Jagung

Lapisan Bawah(Kukus hingga masak)
2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
3 cawan santan cair
1 sudu teh garam
*kita buh sedikit pewarna merah dan juga 1 tbsp minyak

Lapisan Tengah(Gaulkan dan masak sekejap atas api)
2 cawan santan pekat - kita guna 1 3/4 cawan freshmilk
1 biji telur - kita tak letakpun
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung kastad
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan jagung cream - kita blend kasar 1/2 cawan sweetcorn + 1/4 cawan susu sejat
sedikit garam

Lapisan Atas(Gaulkan dan masak sekejap atas api)
2 cawan santan pekat - kita guna 1 3/4 cawan freshmilk
1 biji telur - kita tak letakpun
1/4 cawan jus pandan - kita guna pewarna hijau je
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1/4 cawan gula
Sedikit garam

1. Masukkan semua bahan lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang 10 x 10 inci lain yg tlh dilapikkan dgn plastik sehingga mampat.
3. Lapiskan dengan lapisan tengah [adunan jagung].
4. Kukuskankan dlm anggaran 15 minit.
5. Bila dah masak masukkan pula lapisan atas [adunan hijau pandan] dan kukuskan lagi selama 15 minit.
6. Bila dah masak, sejukkan betul-betul baru dipotong dgn pisau plastik dan hidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net