Want your
own Fotopage?








 
Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 22-Oct-2008 11:40 Email | Share | Bookmark
Nasi Minyak & Kerutuk Daging

 
Kita buat menu ni sebab teruja sangat dgn nasi minyak Mamasya dan juga kerutuk daging dari rumah Zaiy...memang best resepi ni, tak percaya? cubalah masak...pekena lak ngan ayam masak merah dan acar buah,..makan sampai tak nampak telinga ooo Spt biasa kita c & p dan edit je resepi dr fp mereka...t/kasih buat Mamasya dan Zaiy juga penyumbang asal resepi2 nih



Nasi Minyak
Sumber: Sajian Di Perantauan

2 cawan beras
2 cawan air panas
1/2 cawan susu segar
1 senduk minyak sapi (kita guna butter)
*2 labu bawang besar (hiris)
*2 ulas bawang putih- tumbuk
*2 cm halia - tumbuk
*3 kuntum bunga cengkih
*3 bunga lawang
*3 biji buah pelaga
*2 in kulit kayu manis
garam
lada putih
serbuk kunyit

Hiasan
1/4 cawan kismis
1/4 cawan bawang goreng
2 sb gajus atau badam panggang

1. Panaskan minyak sapi. Tumis * hingga rempah penumis bau wangi.
2. Masukkan beras , kacau sebentar hingga rata. Masukkan air panas, susu, garam, lada putih dan kunyit, tutup periuk dan masak spt biasa.
3. Sebaik sahaja airnya kering, kecilkan api. Masukkan kismis dan karih nasi dgn perlahan
4. Taburkan bahan hiasan semasa menghidang.

@@ Langkah no. 2 tu kita tak masuk beras...tapi didihkan air panas, susu, garam, lada putih dan kunyit, then tuangkan atas nasi dlm rice cooker, masak spt biasa

Tip memasak nasi minyak dan beriani yang baik:
1.Sukatan air (tak termasuk susu) adalah sama dengan beras (1:1)
2.Supaya nasi tak mentah, pastikan periuk ditutup rapat agar wapnya tak terlepas. Caranya selepas mengarih nasi, tutup atas periuk dgn aluminium foil dulu,barulah tudung periuk.Kemudian letak pemberat atasnya spt lesung.Jgn dibuka periuk sehingga nasi cukup masak.
3.Nasi jgn dikarih berlebihan agar butir beras tidak patah.

Kerutuk Daging
Sumber: MakYong myresipi

500g daging
2 sudu cili giling
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik

[Bahan tumis]
1/2 biji bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
4 sudu besar rempah kerutuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3. Panaskan minyak, tumis semua bahan tumis sehingga naik bau
4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi, masak sehingga pecah minyak
5. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
6. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
7. Siap untuk dihidang.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net