Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 31-Oct-2008 17:47 Email | Share | Bookmark
Sup Carrot & Kentang, Garlic Bread & Choc. Moist Cake

 
 
Akhir2 ni malas tul nak update FP, ditambah lak bila nak buka FP semedang je error...menci, mencii, menciii
Menu2 ni pun kira dah jadi sejarah kumbahan, baru ni nak masuk resepinya...hikhikhik
Sup Carrot & Kentang ni kita mkn bersama2 Garlic Bread, best aaa...t/kasih kpd MaDiHa dan Jasmeen (2 orang sekarang ni teror sesangat membuat swiss roll) yg telah berkongsi resepi yg sedap nih



Sup Carrot & Kentang
Sumber:MaDiHa

4 biji kentang besar ~ dikupas & direbus empuk (kita guna 7 biji baby potatoes)
1 batang carrot ~ dikupas & direbus empuk (kita guna 3 batang carrot)
1 kiub pati ayam
1 kotak santan kotak (kita guna fresh milk + susu cair)
Air secukupnya utk kuah
garam secukup rasa
sedikit lada sulah (jika suka)

1. Blend kentang rebus & carrot hingga halus.
2. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan air lagi ke dalam jug blender dan blend lagi supaya kentang & carrot yg melekat pd jug blender akan larut. Tuang semuanya ke dalam periuk (jangan membazir ).
3. Tuangkan santan & air secukupnya dan diikuti dengan bahan2 yg lain ke dlm bahan yg diblend tadi (air ikut pekat yg anda suka) & masak hingga mendidih sambil dikacau2 sentiasa.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Garlic Bread
Sumber:Jasmeen

Beberapa keping roti sandwich

Garlic butter
5 sudu besar butter / margerin
4 ulas bawang putih (cincang halus)
sedikit serbuk lada putih
secubit garam
(semua bahan di atas digaul sebati)

1. Gelek roti menjadi nipis & potong ikut suka
2. Sapu roti dgn garlic butter
3. Bakar dlm ketuhar selama 10 minit atau sehingga nampak garing & kekuningan

~~~~~~~~@~~~~~~~~

Choc. Moist Cake ni kita buat coz lama tak buat kek coklat utk anak2 makan...so cuba resepi Kak Mis ni..walla, memang sedap kek nih...t/kasih Kak Mis



Chocolate Moist Cake
Sumber:Kak Mis

250gm butter
300gm castor sugar
1 tbsp ovallette
6 biji telur
250gm tepung *
2 tsp baking powder *
1½ tsp soda bicarbonate * [ * ayak ]

Paste
1 cawan coco powder *
1¼ cawan air panas *
60gm castor sugar *
1 tbsp nescafe - optional * [*bancuh semua]

Topping
300 gm cooking chocolate
200 gm whipping cream
1 tsp butter
( Double boilkan whip. cream sekadar panas, masukkan cooking choc. kacau hingga choc. cair...angkat, masukkan butter )

1. Pukul butter + castor sugar + ovallette sehingga kembang...masukkan telur satu persatu
2. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bicarbonate + baking powder
berselang seli dengan paste
3. Bakar 170 C preheated oven...selepas setengah jam turunkan suhu kpd 150 C hingga kek masak bergantung pada oven masing-masing (oven kita ambil masa 1 jam)
4. Tuangkan topping atas kek...takmo buh topping pun takpe, terus je ngappp


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net