Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 7-Nov-2008 18:01 Email | Share | Bookmark
Poppy Seeds Cake & Chocolate Brownies

 
 
Pada mulanya kita ingin buat kek oren yg ada poppy seeds di dlmnya, tetapi dek kerana ada bhn yg tak cukup kita pun cuba resepi dr Rachel Allen ni dulu...kita tak berapa suka akan rasanya tetapi cik abang dan Muhammad suka pulak kek nih, anak2 kita yg lain langsung tak pandang...huhuhu, apatah lagi nak merasanya Kita sertakan resepinya di sini dan sesiapa yg nak lebih lengkap lagi resepi kek ni boleh rujuk sini



Poppy Seeds Cake
Sumber: Rachel Allen

150g butter, pada suhu bilik
100g gula castor
3 biji telur, dipukul
100g tepung
1 tsp baking powder
75g poppy seeds (kita buh ikut suka hati, 75g cam byk je )

1. Preheat oven 170C/gas 3. Gris 20 cm tin kek dan lapikkan dasarnya dgn kertas minyak.
2. Pukul butter hingga lembut.
3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga adunan nampak ringan dan gebu.
4. Masukkan pula telur yg tlh dipukul sedikit demi sedikit sambil dipukul sebati
5. Masukkan pula tepung yg diayak bersama baking powder, masukkan poppy seeds dan gaul sebati
6. Masukkan adunan dlm tin kek, ratakan serta tekan sedikit di bhgn tengah kek dgn belakang sudu.
7. Bakar 25-30 minit atau hingga masak
8. Bila kek sejuk boleh dikerat 2 (jika suka), letakkan buttercream dan tangkupkan /sandwichkan kek semula ataupun sapu sahaja buttercream di atas sebiji kek tsb
(utk buttercream kita pukul double cream + icing sugar hingga kental)

>>> Chocolate Brownies ni pula kita buat hanya utk mencuba resepi dr buku masakan yg duk bertapa je kat rak sejak dibeli...sian kat buku tu (nak buat camner dah asyik rujuk resepi fp kengkawan siber je )...so terhasillah brownies nih, itupun kita dah ubah suai sikit berdasarkan stok yg kita ada dan kuantiti gulanya



Chocolate Brownies


150 g plain chocolate - cincang/patah2kan
130 g milk chocolate - cincang/patah2kan
115 g butter - potong kiub
50 g gula perang
50 g gula castor
2 biji telur
1 tsp esen vanilla
70 g tepung
70 g flaked almonds, lebihkan sedikit utk taburan (leh gak nak guna toasted & chopped walnuts)
100 g white chocolate - cincang sebesar +- 5mm

1. Preheat oven 180 C. Alas tin kek 20 cm/8 in dgn aluminium foil, griskan
2. Dgn menggunakan api yg perlahan, cairkan plain & milk choc. bersama butter dlm periuk, sentiasa kacau dan apabila choc. dan butter sudah cair dan sebati, angkat drpd api
3. Masukkan gula dlm adunan dan kacau sehingga gula larut.
4. Masukkan telur, vanila dan tepung, kacau sebati.
5. Masukkan flaked almonds dan white choc., gaul mesrakan.
6. Tuang adunan dlm dulang kek, taburkan lebihan flaked almonds, bakar 20-25 minit atau apabila dicucuk dgn cake tester ditengahnya ada sedikit crumbs yg melekat (jgn overbake)...sejukkan dulu brownies +-30 minit sebelum dikeluarkan drpd tin kek


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net