Want your
own Fotopage?
























 
Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 1-Jan-2009 00:00 Email | Share | Bookmark
Selamat Tahun Baru

 
 
 
 
 
 
 


SELAMAT TAHUN BARU 2009 dan MAAL HIJRAH 1430...Kita dan keluarga masih lagi di bumi UK ni, masih lagi berpeluang merasai suhu - 4 C...ingatkan kaki sudah berada di bumi tercinta M'sia, namun kita hanya mampu merancang, Tuhan juga yg menentukan...moga di tahun baru ini membawa kejayaan buat suami kita yg tercinta dan berlaku semua perkara2 positif dalam hidup kita semua, jgn positif dadah, sudah!...muahahaha

Untuk mengingati 2008 yg haihai babai, kita titipkan peristiwa yg berlaku di dalamnya yg belum kita paparkan, disebabkan astro tak siarkan utk kita secara xclusif, jadi kita syok sendiri paparkan di sini...ahakkks...yg pertamanya resepi Kuih Tepung Gomak yg telah kita kopipes drpd FP Madiha secara xclusif juga tapi kita buat guna inti kelapa gitew...t/kasih Kak Madiha



Tepung Gomak

Bahan2 Inti-sukatan ni kita main belasah je...
Kelapa parut
Gula melaka/gula merah
Gula halus
Air

Cara2 memasak inti
Masuk air, gula melaka dan gula halus dlm periuk, masak hingga gula hancur/larut...Masukkan kelapa parut, kacau sebati dan masak sehingga inti agak2 kering gitew

Bahan2 Serbuk Kacang
250 kacang hijau

Cara2 menyediakan serbuk kacang
Bersihkan kacang dan tos. Goreng kacang tanpa minyak dengan api sederhana
hingga berbau wangi dan warnanya bertukar kecoklatan. Tunggu sejuk sikit kemudian dikisar dlm pengisar kering. Ayak dan kisar lagi lebihan dan sisa2 kacang yg masih kasar tadi sehingga habis dan ayak lagi. Ketepikan dahulu.
Nota Kaki Malas : kita guna tepung kacang hijau yg kita sanggaikan terlebih dahulu

Bahan2 Doh
400 gram tepung pulut
1/2 sudu kecil garam (dibancuh dlm santan)
1 cawan santan (ni kita agak2 jer lupa nak sukat)

Cara2 membuat kuih
Adunkan tepung pulut dengan santan dan uli sehingga mendapat doh yg lembut (tak keras sgt dan tak lembik sangat) Perlu diingat.. santan jangan dimasukkan sekaligus.. masukkan sikit sikit takut terlembik. Jika masih keras dan tak cukup santan.. boleh tambah dengan air.. masukkan sikit2 sambil uli.
Jerang air dlm periuk secukupnya..
Bila dah dpt doh yg dikehendaki.. ambil doh sebesar bola pimpong.. leperkan.. dan masukkan inti. Inti biar lebih.. baru sedap sikit.. kemudian tutup inti elok2 dan buat bulat2 kemudian leperkan. Bila air mendidih.. masukkan kuih dan tunggu hingga dia timbul. Angkat dan tos kejap kemudian golekkan dlm tepung kacang hijau tadi.

Tips: Semasa membentuk kuih.. jangan bentukkan sehingga habis baru nak rebus.. dikhuatiri tepung yang siap dibentuk akan melekat2 pd bekas yg kita susun akan menyebabkan intinya terbuka.. sebab tepung pulut ni sensitif dan lembut sikit. Jadi buatlah dlm 4 biji gitu.. pastu rebus.. sambil buat lagi dan begitulah seterusnya...
Nota Kaki Lapar : Sementara kita tunggu yg direbus seterusnya timbul, kita makan yg 4 ketui tu...hihihi

Kedua keberangkatan pulang Asmah dan Ida ke tanahair sehari sebelum hari raya haji yg lalu... insyaAllah akan bertemu nanti di M'sia...tapi itulah...'setiap pertemuan ada perpisahan, namun perpisahan itu sering membangkitkan resah rindu yg berpanjangan...' cewahhh berfalsampah pulak...lama betul tak berfalsampah...'hidup ini ibarat roda impian...kdg2 dapat duit, kdg2 muflis'...hishhh, meghapu meghaban dah ni... moga ASDA(Gelaran kat depa berdua) terus sukses dlm hidup


Kunjungan ASDA dan Ee ke teratak kita

Ketiganya, kunjungan kawan cik abg kita dr Manchester yg singgah sebentar sebelum meneruskan destinasi ke York, yg keesokan harinya akan bershopping sakan sempena boxing day...dengar citer byk kete2 rakyat msia sarat dgn hasil tangkapan pada ari tu...lum lagi hasil tangkapan di Next yg dibuka kul 5 pagi hari berikutnya kete kita je pancit tayar, bkn disebabkan terlalu berat hasil tangkapan tetapi menyebabkan kita kena duk diam2 kat umah


Handbag biru tu terlalu berat ngan £ utk shopping nanti...

Keempat, di akhir 1429 H, ber'potluck' di rumah En Afifi & Pn. Muna...sempat solat asar dan maghrib berjemaah serta membaca doa akhir dan awal tahun...moga tahun baru hijrah ini membawa rahmat dari Allah dan moga saudara islam kita di palestin selamat dari keganasan israel yg biadap lagi monyet itu dan moga Allah menimpakan bala ke atas israel di dunia ini lagi...kat akhirat memang dah pasti, ditimpa bala atas mereka di dunia ni...baru besttt kita nak ucap 'padan muka hangpa!'



Antara menu potluck


Antara kaum bapa yg hadir

Most recent comments... (In posting order)
syiok juga tu dapat duk lagi di sana, bolehla rilek2 lagi kan, kalau balik dh tentu kena start ngajar dh..huhuu..
mesti hajarpun dh rindu sgt ngan sekolah ngan anak murid ni
betul tu, sama2lah kita berdoa agar israel lahanat tu diberi pembalasan di dunia ini agar kita semua dapat kata padan muka, padan muka (18 kali) kat depa ni, hisshhh geram
Thu 1-Jan-2009 09:14
Posted by:zaiy  - [Link]
Salam Maal Hijrah and happy new year!! Thu 1-Jan-2009 12:13
Posted by:Idzwanjunaidi  - [Link]
TGK KORANG PAKAI PUN DAH TERASA SEJUKNYER MAKLUM ARR KAT CINI PUN BARU LEPAS HUJAN HA.. Thu 1-Jan-2009 12:25
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru untuk Hajar sekeluarga. Tahun ni baru betoi-betoi rasa sejuk winter...tengok the men pun tak buka topi duk dalam rumah Thu 1-Jan-2009 14:39
Posted by:muna  - [Link]
Kak nnti da smpai msia calling2 la wawa...wa pun stuju ngan akak tuk mendoakan smoga saudara kita di palestin tu akan terselamat dr kezaliman israel..aritu wa tgk ucapan sorang menteri dia..yg mereka ttp takan menyerah kalah..mereka akan melawan ketitisan darah yg terakhir..sayu ati wa kak..daya wa hanya doa je tuk mereka.. Thu 1-Jan-2009 14:45
Posted by:wawa  - [Link]
Salam kak..salam maal hijrah & selamat thn baru..semoga semuanya suksess ye....hai berboxing ke mana hari tuu hehe.. Thu 1-Jan-2009 17:13
Posted by:Linda  - [Link]
Selamat tahun baru buat Kak Hajar juga***apa kenalah ngan laptop ni hehe***something wrong dah** takleh nak taip full stop**pastu lain yg ditaip lain lak yg keluar**baru siang td jenguk fp kak hajar tapi tak sempat tinggalkan komen** kak hajar bila nak balik msia?seronokkan * tp mesti rasa sedih gak kan** banyak benda nak tanya ni sebelum balik sana** Thu 1-Jan-2009 22:52
Posted by:arme  - [Link]
ops kak hajar nak tanya ni** kacang hijau yg disanggai tu buat camana? Thu 1-Jan-2009 22:58
Posted by:arme  - [Link]
salam maal hijrah untuk Hajar 1430 dan selamat tahun baru 2009..semoga beroleh sinar yg lebih cemerlang di masa hadapan. Fri 2-Jan-2009 00:53
Posted by:Ana cake_lovers69@yahoo.com  - [Link]
Salam Maal Hijrah 1430 & Selamat tahun baru 2009.....
mesti tak sabar2 nak balik mesia ...agak2 baper kontena nanti bawa balik barang.....
Fri 2-Jan-2009 03:07
Posted by:Haniss  - [Link]
tepung gomak! nama sllu dengar, tapi jarang nak jumpa... Fri 2-Jan-2009 06:59
Posted by:Lee Lin  - [Link]

Salam Maal Hijrah & Tahun baru 2009
awe2 teman dah gelak dulu...sesekali komer melawok yerr...gelak beso teman...
lambat lg ker balik nih...?? x per, komer puas2kan men salji dulu, kang kat mesia tak merasa, kalo nak pun men kekabu jer ler..putih gak anak komer tu dah mcm omputeh teman nengok...kulit dah merah2 yerr..tu kalo blk mesia, tahan ker ngan panas...kot asik nak duduk dpn peti ais
Fri 2-Jan-2009 07:02
Posted by:jasmeen  - [Link]
menu tu meriah nyer... Fri 2-Jan-2009 07:45
Posted by:sopitkotam syighaz@yahoo.com  - [Link]
Inginkan banyak informasi wedding anda sila lawat www.weddingzone.asia ....kami ada segalanya.
Sekiranya anda adalah pengusaha wedding,iklan percuma di portal kami....Portal terlengkap dan terbaik di Malaysia.
Fri 2-Jan-2009 08:29
Posted by:weddingzone  - [Link]
salam maal hijrah dan tahun baru masehi 2009 utk kak hajar sekeluarga.....Moga sihat sejahtera hendaknyaaa... Fri 2-Jan-2009 10:42
Posted by:ah mat gebu  - [Link]
salam hijrah 1430..slmt thn baru 2009..
mem..tayar pancit dan tak pancit pun hasil tangkapan kat york samajer... boleh pandang sblh mata jer..
apa2 yang teman boleh tolong bagitau yer..tolong makan pun ok jugak..
sedih lagi pas ni
Fri 2-Jan-2009 11:46
Posted by:lamajugajdahhijrah  - [Link]
jgn lupa cari akak tau bila dah balik sini Fri 2-Jan-2009 13:19
Posted by:ida isk@ ida Bakery merpati66@gmail.com  - [Link]
RAJINNYE WAT MAKAN MAKAN
JUMPA JUMPAAN ..WAHAHAHA
Fri 2-Jan-2009 14:50
Posted by:RINNA INA FAZZARINNA  - [Link]
membilang hari lah ye....nt mesti teringat kenangan bersama kwn2 disana...rasa2 dpt x lagi mcm suasana di sini... Fri 2-Jan-2009 15:52
Posted by:dapurimpian  - [Link]
happy new year to you too ..... bestnya dapat tengok bunga api tu ...

Daalia
http://lea-oven.blogspot.com
Fri 2-Jan-2009 22:59
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
salam tahun baru...
awatnye boxing day dok umah diam2, ataupun dah start shopping sblm tu kot
bila cik abang viva? lepas tu blh la mai liv kan?
Fri 2-Jan-2009 23:26
Posted by:org liverpool  - [Link]
Hajar darling selamat tahun baru. seronok baca citer Hajar...macam macam hal berlaku kat kita kan...tapi 2008 memang tahun yang best. semoga 2009 akan meletup=letup lagi hikmahnya. Sat 3-Jan-2009 07:09
Posted by:jun kasihroslan@yahoo.com  - [Link]
salam k.hajar..salam maal hijrah 1430 dan tahun baru..mesti dah x sabar2 nak balikkan..seronok tgk bunga api tu..tu yg main sendiri ke hehe teringat dulu main bunga api masa tahun baru kat german..sanggup habis kan duit sebb geram tgk bunga api dia yg besar2 tu kat malaysia time tahun baru duk rumah ajer..malas nak bersesak2 dlm jammed..kuih gomak tu best lah..lina suka..
nanti balik m'sia sudi2lah dtg penang yer..
Sat 3-Jan-2009 09:26
Posted by:inasaly ina_saly@yahoo.com  - [Link]
uiks..handbag biru tu mana ader berat £ nyer..berat syiling jer.....tp tayar kete alhamdulillah tk pancit...hik hik hik......aper2 pun sale NEXT kat manchester mmg dasat habis..tp tkder la serendah 50p kak hajar...serendah 1.50 jer...berebut dgn warga2 'kipas' mmg happening.....best lagi kat YOD..tkder rebut2 pun.... Sat 3-Jan-2009 16:50
Posted by:shoopingholics@mama3hz
erm..wpun shoppingholics..kiter shopping ala akdar jer...setakat yg mampu jer kak hajar......
pasal israel tu..erm...mmg menyakitkan hati.......ni semua tanda2 dunia dah nak kiamat kan????
Sat 3-Jan-2009 16:53
Posted by:shoopingholics@mama3hz
Happy New Year!
Sihat ke?
Mon 5-Jan-2009 03:45
Posted by:Bonda RaqynR @ EJay  - [Link]
RE:ALAMAK DAH LUPA DAH TIME MKN TU SUAP PERLAHAN2... Mon 5-Jan-2009 07:05
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
patutlah kalau orang pakai bedak banyak2 panggil macam tepung gomak...memang putih kuih nie dek tepung Mon 5-Jan-2009 16:11
Posted by:Idzwanjunaidi  - [Link]
aduhai hajar kalau la dapat sekeui dua pinggan mangkuk yang best best masa potluck tu...kut kut la ada yang jenis berkaki besi tu...fullamak lagi la best...ada aka tengok adik ipar akak bawak balik bekas tefal punya la banyak...enjoy bila tengok... Tue 6-Jan-2009 02:37
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
Sahabat, saya cadangkan tutup akaun fotopages kerana ia produk syarikat dari Israel secara langsung. Inilah masanya, mereka kejam di Gaza. Dengan trafik yang anda generate mereka memperolehi pendapatan dan anda membiayai kekejaman di Gaza.... harap difikirkan terima kasih. Wed 7-Jan-2009 16:55
Posted by:fotopages


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.