Want your
own Fotopage?







 
Hajar's FotoPage

By: Hajar Mohamed Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Thursday, 26-Jun-2008 11:26 Email | Share | | Bookmark
Baked Sandwiches

 
Baked Sandwiches ni kita buat sebab teruja melihatnya dlm rumah Kak Rinn...so apalagi, jalankan projeklah, intinya kita buat version kita sendiri. BS ni sedap dimakan panas2 begitu sahaja atau pun curahkan sedikit sos cili di atasnya. Terima kasih Kak Rinn atas resepi yg syiokkk ni



Baked Sandwiches

Beberapa kepingan roti
Bahan Inti
Bawang merah - dadu
Bawang putih - cincang halus
Cincangan isi ayam/daging
Sayur campur (frozen)
Sos cili
Sos tomato
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Parutan keju

1. Panaskan oven 180 C
2. Gelek nipiskan roti, tekan2kan dlm acuan dan potong tepinya mengikut tepi acuan, bakar selama 7- 8 minit...angkat, sejukkan
3. Untuk inti: Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga naik bau
4. Masukkan cincangan isi ayam/daging dan serbuk lada hitam, kacau
5. Masukkan sos cili, sos tomato dan sayuran campur...kacau hingga inti agak kering
6. Perasakan dgn sedikit garam, angkat
7. Letakkan inti dlm roti tadi, taburkan keju parut di atasnya dan bakar sekejap, bila keju sudah mencair bolehlah diangkat
8. Hidangkan panas-panas


Tuesday, 24-Jun-2008 17:23 Email | Share | | Bookmark
Menu Sempoi

 
 
Menu kali ni memang sempoi sebab memang mudah je nak buat, bhn2 pun tak banyak sangat...kita suka buat resepi2 yg senang tetapi sedap cengginiSticky Chicken ni kita ambil resepinya dr rumah Muna iaitu Sticky Chicken Drumsticks...disebabkan kita guna seekor ayam yg dipotong2, jadi kena le pendekkan namanya kpd Sticky Chicken...t/kasih Muna kerana sudi berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, kita C&P je resepi asal Muna


Sticky Chicken

4 tbsp sweet chilli sauce- (kita guna hot & sweet tomato chilli sauce)
1 tsp finely-grated fresh root ginger
2 tsp soy sauce
zest 1 lime- (kita guna juice lemon je)
8 chicken drumsticks- (kita guna seekor ayam yg dipotong2)

1. Mix together the chilli sauce, ginger, soy sauce and lime zest. Pour over the chicken drumsticks and leave to marinate for as long as you can (put them in the fridge if marinating for any longer than 30 mins).
2. Place the drumsticks in a shallow baking tray, shaking off any excess marinade. Roast for 20 mins, then pour over the leftover marinade and cook for 5 mins more until sticky and browned.

*****
Taufu Bersos Tiram ni pulak kita ambik resepinya daripada rumah Jasmeen, saje je kita alih bahasakan kepada bahasa melayu 'Bean Curd with Oyster Sauce' yg Jasmeen buat tu, memang besttt resepi ni dan jugak mudah nak menyediakannya...t/kasih Jasmeen



Taufu Bersos Tiram

1 kotak taufu
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
Sayur campur - (ini kita tambah sendiri)
Daun bawang
Bawang goreng
Udang kering (goreng sekejap tanpa minyak & tumbuk halus)
Minyak bijan- (kita guna minyak zaitun-takde stok minyak bijan)

1. Cincang halus bawang putih & campurkan sos tiram
2. Letakkan taufu dan sayur campur ke dlm bekas tahan panas
3. Curah bhn 1. di atas taufu & sayur campur, kukus selama 10 minit
4. Angkat...taburkan daun bawang, bawang goreng & udang kering
5- Curahkan sedikit minyak bijan ke atasnya...siap!



Monday, 23-Jun-2008 19:59 Email | Share | | Bookmark
Barat bertemu Timur

 
 
Ini menu yg lama terpendam nak buat...memandangkan asyik goreng je spaghetti tu cam goreng mee, kita buat ler pulak ala2 bolognaise & meatballs gitu


Spaghetti Bolognaise & Meatballs(tiada kuantiti yg jitu, main belasah je...)

Spaghetti
Bawang merah-dadu
Bawang putih-cincang halus
1 tin chopped tomatoes
Sayur campur ( frozen punya)
Sedikit sos cili
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit keju

1. Spaghetti direbus bersama sedikit garam + minyak hingga lembut, toskan airnya dan gaul dgn sedikit butter - ketepikan
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga naik bau
3. Masukkan chopped tomatoes, sos cili dan lada hitam, kacau
4. Apabila mendidih masukkan sayur campur dan sedikit keju, renihkan seketika
5. Perasakan dgn sedikit garam sebelum diangkat

Meatballs

Daging cincang
Bawang merah-dipotong dadu
Sedikit tepung jagung
Sedikit rempah kari
Garam secukup rasa

1. Gaulkan semua bhn, kepalkan menjadi bentuk spt bebola
2. Gorengkan dlm minyak yg banyak hingga masak

Hidangkan spaghetti bersama meatballs dan tuangkan kuah di atasnya

***
Lompat Tikam ni pulak teruja nak buat masa bertandang ke rumah Muna...ada kelainan sikit lompat tikam ni coz menggunakan pulut hitam, bukan pulut yg buh kaler merah cam selalu tu...menurut citernye kuih ni diberi nama lompat tikam sebab kuih ni selalu dijamu selepas habis latihan / upacara persilatan pada masa dolu2...la ni kuih ini boleh dimakan bila2 masa...rasa nak makan, buat...rasa tak nak buat, beli...tak payah nak tunggu bersilat-silat dah...so enjoyyy

Lompat Tikam
Sumber: Pn. Nuriah Zahari

Bahan Pulut
2 cawan pulut putih (dikukus)
1 cawan pulut hitam (rendam 1 malam)

1. Rebus pulut hitam yang telah direndam sampai empok, buang airnya.
2. Campurkan dengan pulut putih dan kukus lagi
3. Sapu acuan dengan minyak, tuang pulut lalu ditekan-tekan dan biarkan sejuk.

Bahan Hijau (lapisan atas)

Daun pandan
5½ cawan air
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil kapur sirih
Sedikit pewarna hijau - opt

1. Daun pandan dikisar dengan 5 ½ cawan air, tapis airnya
2. Satukan semua bahan-bahan dan dikacau atas api yang sederhana sehingga pekat, angkat
3. Tuangkan atas pulut, biarkan sejuk.

Bahan Air Gula

5 buku gula kabung
2 cawan air

1. Masak gula kabung bersama air sehingga larut dan pekat

Bahan Santan

1 tin santan
1 ¼ tin air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

1. Kacau semua bahan di atas api sehingga pekat

Hidangkan pulut bersama air gula dan bahan santan


Saturday, 21-Jun-2008 18:01 Email | Share | | Bookmark
BBQ dan Hari Keluarga Rumpun Bradford 2008, Bolton Abbey

 
 
 
View all 10 photos...
Hari ni merupakan Hari Keluarga Rumpun Bradford 2008...dan ini juga merupakan hari keluarga terakhir bagi kami sekeluarga (thn depan Hari Keluarga UUM lak)...dalam seronok berbbq, makan2, sembang2, usik mengusik, posing-memosing, meraikan besday dan anniversary ahli2 rumpun, melihat games yg meriah, bertukar2 hadiah, tup-tup cepatnya masa berlalu, dah nak balik...masa nak balik tu terasa sedey dlm hati ni, entah bila pulak dapat berkumpul ramai-ramai cenggini...hujan yg turun seolah-olah memahami kesayuan hati...huhuhu, jiwang le pulak makcik sorang ni
So, inilah foto2 yg sempat diambil sbg kenangan bersama rakan2 di bumi Bradford ini...













Monday, 16-Jun-2008 17:32 Email | Share | | Bookmark
Surprise Yang Kantoi...

 
 
Hari ni kenkononnye nak buat surprise kek utk cik abang sempena father's day w/p dah terlewat sehari, dah plan dr hari sabtu lagi ngan anis dan iqah..tup-tup masa kita tgh deko kek tu, cik abg kita balik awal le pulak dr universiti ...so atas kek tu mula nak tulislah happy father's day, terus kansell


Kek Coklat
Sumber :Hanieliza

Bahan A
250 gm butter
250 gm gula perang atau kastor
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
250 ml susu segar

Bahan B [ Ayak ]
290 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1 sudu kecil nescafe instant
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan Bahan B berselang seli dengan susu segar.
4. Kacau rata dgn senduk kayu.
5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan hiaskan mengikut kreativiti sendiri.


Aktiviti Riadah...taman dekat2 umah je,.. jimat fulusss beb


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net