Hajar's FotoPage -  - Fotopages.com
Kunjungan Sahabat Lama dr. Liverpool
<description>Hari Ahad lepas, on d way balik dr. 'sunday heaven'...carboot sale le tu, kawan lama cik abg kita tepon bgth depa ada kat Bradford, ajak le depa singgah umah...Rahman atau Pok Mer ni kawan cik abang kita masa sekolah kat Sek. Tengku Muhammad Faris Petra tahun 1988-89, sekarang ni Pok Mer tgh duk sambung PhD kat Liverpool...datang mengejut jadi menu kita pun menu terkezut le jugak, harap Pok Mer n Faezah tak serik datang ke umah kami lagi, 'vision n set corelle tak cukup lagi kan...kan...kan 
Ni masa jenjalan kat Shipley, dekat je tapi tak pernah sampai...kes nak jimat minyak tapi PhD (pegi habih duit) shopping lak, elaun baru masuk kan abang :lol_teethfull: ...cantik gak rupa2nya Shipley ni 
Yang ni saje nak masukkan perkembangan Ahmad Syafi...yang dah botak kali ke-dua...hahaha  
Baked Sandwiches
<description>Baked Sandwiches ni kita buat sebab teruja melihatnya dlm rumah http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1541122(Kak Rinn)...so apalagi, jalankan projeklah, intinya kita buat version kita sendiri. BS ni sedap dimakan panas2 begitu sahaja atau pun curahkan sedikit sos cili di atasnya. Terima kasih Kak Rinn atas resepi yg syiokkk ni 
Baked Sandwiches
Beberapa kepingan roti
Bahan Inti
Bawang merah - dadu
Bawang putih - cincang halus
Cincangan isi ayam/daging
Sayur campur (frozen)
Sos cili
Sos tomato
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Parutan keju
1. Panaskan oven 180 C
2. Gelek nipiskan roti, tekan2kan dlm acuan dan potong tepinya mengikut tepi acuan, bakar selama 7- 8 minit...angkat, sejukkan
3. Untuk inti: Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga naik bau
4. Masukkan cincangan isi ayam/daging dan serbuk lada hitam, kacau
5. Masukkan sos cili, sos tomato dan sayuran campur...kacau hingga inti agak kering
6. Perasakan dgn sedikit garam, angkat
7. Letakkan inti dlm roti tadi, taburkan keju parut di atasnya dan bakar sekejap, bila keju sudah mencair bolehlah diangkat
8. Hidangkan panas-panas </description>
Menu Sempoi
<description>Menu kali ni memang sempoi sebab memang mudah je nak buat, bhn2 pun tak banyak sangat...kita suka buat resepi2 yg senang tetapi sedap cengginiSticky Chicken ni kita ambil resepinya dr rumah http://denhaag-ladies.fotopages.com/?entry=1589456(Muna) iaitu Sticky Chicken Drumsticks...disebabkan kita guna seekor ayam yg dipotong2, jadi kena le pendekkan namanya kpd Sticky Chicken...t/kasih Muna kerana sudi berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, kita C&P je resepi asal Muna
Sticky Chicken
4 tbsp sweet chilli sauce- (kita guna hot & sweet tomato chilli sauce)
1 tsp finely-grated fresh root ginger
2 tsp soy sauce
zest 1 lime- (kita guna juice lemon je)
8 chicken drumsticks- (kita guna seekor ayam yg dipotong2)
1. Mix together the chilli sauce, ginger, soy sauce and lime zest. Pour over the chicken drumsticks and leave to marinate for as long as you can (put them in the fridge if marinating for any longer than 30 mins).
2. Place the drumsticks in a shallow baking tray, shaking off any excess marinade. Roast for 20 mins, then pour over the leftover marinade and cook for 5 mins more until sticky and browned. 
Taufu Bersos Tiram ni pulak kita ambik resepinya daripada rumah http://jasmeen.fotopages.com/?entry=1590330(Jasmeen), saje je kita alih bahasakan kepada bahasa melayu 'Bean Curd with Oyster Sauce' yg Jasmeen buat tu, memang besttt resepi ni dan jugak mudah nak menyediakannya...t/kasih Jasmeen
Taufu Bersos Tiram
1 kotak taufu
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
Sayur campur - (ini kita tambah sendiri)
Daun bawang
Bawang goreng
Udang kering (goreng sekejap tanpa minyak & tumbuk halus)
Minyak bijan- (kita guna minyak zaitun-takde stok minyak bijan)
1. Cincang halus bawang putih & campurkan sos tiram
2. Letakkan taufu  dan sayur campur ke dlm bekas tahan panas
3. Curah bhn 1. di atas taufu & sayur campur, kukus selama 10 minit
4. Angkat...taburkan daun bawang, bawang goreng & udang kering
5- Curahkan sedikit minyak bijan ke atasnya...siap!
Barat bertemu Timur
<description>Ini menu yg lama terpendam nak buat...memandangkan asyik goreng je spaghetti tu cam goreng mee, kita buat ler pulak ala2 bolognaise & meatballs gitu
Spaghetti Bolognaise & Meatballs(tiada kuantiti yg jitu, main belasah je...)
Spaghetti
Bawang merah-dadu
Bawang putih-cincang halus
1 tin chopped tomatoes 
Sayur campur ( frozen punya)
Sedikit sos cili
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit keju
1. Spaghetti direbus bersama sedikit garam + minyak hingga lembut, toskan airnya dan gaul dgn sedikit butter - ketepikan
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga naik bau
3. Masukkan chopped tomatoes, sos cili dan lada hitam, kacau 
4. Apabila mendidih masukkan sayur campur dan sedikit keju, renihkan seketika
5. Perasakan dgn sedikit garam sebelum diangkat
Meatballs
Daging cincang
Bawang merah-dipotong dadu
Sedikit tepung jagung
Sedikit rempah kari
Garam secukup rasa
1. Gaulkan semua bhn, kepalkan menjadi bentuk spt bebola
2. Gorengkan dlm minyak yg banyak hingga masak
Hidangkan spaghetti bersama meatballs dan tuangkan kuah di atasnya
Lompat Tikam ni pulak teruja nak buat masa bertandang ke rumah http://denhaag-ladies.fotopages.com/?entry=1583849(Muna)...ada kelainan sikit lompat tikam ni coz menggunakan pulut hitam, bukan pulut yg buh kaler merah cam selalu tu...menurut citernye kuih ni diberi nama lompat tikam sebab kuih ni selalu dijamu selepas habis  latihan / upacara persilatan pada masa dolu2...la ni kuih ini boleh dimakan bila2 masa...rasa nak makan, buat...rasa tak nak buat, beli...tak payah nak tunggu bersilat-silat dah...so enjoyyy
Lompat Tikam
Sumber:http://www.geocities.com/zaida_ms/ResipiPerwakilan.htm( Pn. Nuriah Zahari)
Bahan Pulut
2 cawan pulut putih (dikukus)
1 cawan pulut hitam (rendam 1 malam)
1. Rebus pulut hitam yang telah direndam sampai empok, buang airnya.
2. Campurkan dengan pulut putih dan kukus lagi
3. Sapu acuan dengan minyak, tuang pulut lalu ditekan-tekan dan biarkan sejuk.
Bahan Hijau (lapisan atas)
Daun pandan
5½  cawan air
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil kapur sirih
Sedikit pewarna hijau - opt
1. Daun pandan dikisar dengan 5 ½ cawan air, tapis airnya
2. Satukan semua bahan-bahan dan dikacau atas api yang sederhana sehingga pekat, angkat
3. Tuangkan atas pulut, biarkan sejuk.
Bahan Air Gula
5 buku gula kabung
2 cawan air
1. Masak gula kabung bersama air sehingga larut dan pekat
Bahan Santan
1 tin santan
1 ¼ tin air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1. Kacau semua bahan di atas api sehingga pekat
Hidangkan pulut bersama air gula dan bahan santan</description>
BBQ dan Hari Keluarga Rumpun Bradford 2008, Bolton Abbey
<description>Hari ni merupakan Hari Keluarga Rumpun Bradford 2008...dan ini juga merupakan hari keluarga terakhir bagi kami sekeluarga (thn depan Hari Keluarga UUM lak)...dalam seronok berbbq, makan2, sembang2, usik mengusik, posing-memosing, meraikan besday dan anniversary ahli2 rumpun, melihat games yg meriah, bertukar2 hadiah, tup-tup cepatnya masa berlalu, dah nak balik...masa nak balik tu terasa sedey dlm hati ni, entah bila pulak dapat berkumpul ramai-ramai cenggini...hujan yg turun seolah-olah memahami kesayuan hati...huhuhu, jiwang le pulak makcik sorang ni 
So, inilah foto2 yg sempat diambil sbg kenangan bersama rakan2 di bumi Bradford ini...
Surprise Yang Kantoi...
<description>Hari ni kenkononnye nak buat surprise kek utk cik abang sempena father's day w/p dah terlewat sehari, dah plan dr hari sabtu lagi ngan anis dan iqah..tup-tup masa kita tgh deko kek tu, cik abg kita balik awal le pulak dr universiti ...so atas kek tu mula nak tulislah happy father's day, terus kansell
Kek Coklat
Sumber :http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1481209(Hanieliza)
Bahan A
250 gm butter
250 gm gula perang atau kastor
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
250 ml susu segar
Bahan B [ Ayak ]
290 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1 sudu kecil nescafe instant
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan Bahan B berselang seli dengan susu segar.
4. Kacau rata dgn senduk kayu.
5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan hiaskan mengikut kreativiti sendiri.
Aktiviti Riadah...taman dekat2 umah je,.. jimat fulusss beb
N3 Sekali Harung...
<description>Kali ni buat N3 sekali harung...kira cover masa pc kita kong ari tu
Kue Teow Tomyam
Kue Teow
Bahan Kuah
1/2 labu bawang besar-mayang
2 ulas bawang putih-diketuk
1 batang serai-diketuk
1 inci lengkuas-diketuk
2 kiub tomyam
Udang
Isi ayam
Cili padi-diketuk, ikut pedas
Tomato buah-belah 4
Sayuran campur-leh letak ikut suka hati sayur mayur tu
Daun limau purut
Jus lemon
Garam secukup rasa
Air secukupnya
1. Masakkan semua bahan dlm periuk, kecuali  tomato buah, sayuran campur dan daun limau purut sehingga mendidih
2. Masukkan sayur campur, daun limau purut...renihkan seketika
3. Perasakan apa yg kurang
4. Letakkan kue teow dlm mangkuk, tuangkan kuah dan bolehlah dinikmati... :P 
Bubur Pulut Hitam
Pulut hitam
Santan
Daun pandan-disimpul
Gula secukupnya
1. Rebus pulut hitam hingga kembang/lembut
2. Buangkan air rebusannya, masukkan santan dan daun pandan
3. Kacau selalu santan supaya tidak pecah minyak, bila mendidih masukkan gula secukupnya
4. Renihkan seketika, bolehlah diangkat
Salmon Masak Lemak Kuning ni biasa je...resepi dah pernah masuk dlm N3 terdahulu
York dan Manchester
<description>30 May : Jalan2 ke York bersama Farhani, kawan kita yg datang cuti2 di UK sempena cuti sekolah di msia :-D 
Lokasi 1: Designer Outlet - shopping apa yg patut  :horay:
Lokasi 2: Bandar York - sekadar bergambar utk kenangan 8-)
Rehat depan D.O sebelum sambung shopping round ke-2
Bersama my frenz, Farhani
Anak2 berposing kat castle yg cam nak roboh
Kenangan sekeluarga di York 
31 May : Manchester
Lokasi 1: Rumah http://seroja.fotopages.com/(Che Mat dan Intan) di Cheetham Hill - mkn tengahari yg mabeles lagi superb dr air tangan Intan...t/kasih Intan :flowers:
Lokasi 2: Old Trafford - sempat beli brg2 M.U 8-)  dan berposing ;-) 
Lokasi 3: Bandar Manchester - tengok dr dlm kete je  :-D
Kat rumah Che Mat dan Intan
Ahmad Syafi pun nak posing gak
Giliran Muhammad pulak berposing
Kenangan sekeluarga
Bersama pemandu pelancong merangkap cameraman kami</description>
Selamat Hari Jadi Anis Sabrina
<description>Selamat hari jadi buat anak sulung kita, Anis Sabrina yg ke 9 tahun...hmmm dah besar anak dara kita ni, pejam celik pejam celik dah 9 tahun umurnya, moga menjadi anak yg solehah dan sentiasa di dalam peliharaan-Nya, amin. :flowers: 
Kek besday
Belah kek
Seronok dpt hadiah drpd best friendnya
Bersama best friend, Valerija
Kawan kita Farhani...yg baru sampai dr Msia
***http://www.smilebox.com/playBlog/4d7a41774e4445774d413d3d0d0a(Happy Birthday Anis Sabrina)***
Memandangkan desktop kita kong dan masih belum leh digunakan bermakna FP kita akan berehat seketika dan inipun kita update guna laptop cik abg kita (takleh guna selalu laptop ni sebab cik abg tengah busy nak menghabiskan studynya...proses writing la ni) :-D 
Untuk kengkawan yg meninggalkan komen dlm fp kita ini, t/kasih..nanti kita akan buat kunjungan balas bila desktop kita sembuh sepenuhnya...rindu nak menjengah fp kengkawan, saborr jelahh $-)</description>
Selamat Hari Guru
<description>Khas buat rakan-rakan ku yang bergelar guru :flowers: 